HTC agak kurang melibatkan diri dalam pasaran tablet. Sepanjang tahun 2013 sehingga sekarang HTC hanya melancarkan satu tablet sahaja iaitu HTC Nexus 9 yang telah dilancarkan oktober tahun lepas yang dilengkapi dengan pemproses 64-Bit Nvidia Tegra K1. Namun, Nexus 9 merupakan tablet hasil usahasama antara Google dan HTC yang bukannya hasil tangan HTC sepenuhnya.
Kini, HTC dikatakan sedang membangunkan tabletnya sendiri yang berasaskan Nexus 9 dan mungkin dengan spesifikasi yang berbeza dan reka bentuk yang hampir sama. Mungkin, HTC akan mengantikan cip Tegra K1 dengan Tegra X1 yang lebih baik. Dan mungkin juga HTC akan beralih ke cip Snapdragon untuk tablet merka.
Baca juga : Spesifikasi Penuh HTC Nexus 9
Bagaimanapon spesifikasi yang bakal digunakan, kami percaya HTC akan menawarkan sesuatau yang menarik untuk tablet mereka. Walaubagaimanapon, ia tidak dijangka akan dilancarkan pada masa terdekat. Maksudnya tidak ada tablet HTC yang akan diumukan di acara Mobile World Congress (MWC) bulan depan.