YouTube Kids Akan Di Lancarkan Minggu Hadapan

YouTube merupakan laman streaming multimedia terbesar dengan pelbagi sumber video merangkumi pelbagai maklumat, video klip dan juga movie. Tidak terlepas juga kepada kanak-kanak yang melayari laman tersebut bagi mengikuti saluran kegemaran mereka. Namun, kadang-kala mereka tidak terlepas daripada munculnya video-video yang tidak sepatutnya secara tidak sengaja walaupon telah disekat.

Kesan daripada itu, Google telah membangunkan aplikasi Youtube khas untuk kanak-kanak ( YouTube Kids ) yang bakal dilancarkan pada 23 Febuari ini untuk telefon pintar Android. YouTube untuk kanak-kanak akan memperlihatkan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat. Bukan saja isi kandungan, Google telah tingkatkan keselamatan pada funsi carian, carian suara yang lebih terhad dengan isi kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ruangan komen juga akan disembunyikan sepenuhnya untuk mengelak kanak-kanak terdedah dengan komen-komen yang tidak sesuai dan menyinggung perasaan.

Dengan aplikasi ini, Ia sangat membantu terutama pada ibu bapa bagi memantau anak-anak mereka daripada terdedah dengan video-video yang tidak sesuai di tonton. Youtube untuk kanak-kanak akan dilancarkan pada minggu hadapan dan anda boleh muat turun secara percuma di Google Play.