Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Microsoft Lumia Malaysia telah memperkenalkan Lumia 532 untuk pasaran Malaysia dengan harga RM379. Peranti mampu milik ini boleh didapati bermula 27 March ini dengan pilihan warna hitam, putih, hijau dan oren.

Sedikit mengenai spesifikasi Microsoft Lumia 532, ia merupakan peranti yang dilengkapi dengan platform Windows Phone 8.1 dan dijangka akan menerima kemaskini Windows 10 tidak lama lagi. Ia dikuasai oleh pemproses Qualcomm MSM8212 Snapdragon 200 Quad-core 1.2 GHz yang dipadankan bersama 1 GB RAM dan memori dalaman 8 GB. Didalamnya pula, sudah tentu Microsoft menawarkan aplikas-aplikasi darinya seperti Skype, OneDrive, Office dan banyak lagi yang tersedia dipasang.

Untuk pasaran Malaysia, Microsoft membawakan versi Dual SIM. Namun tiada sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE untuk peranti ini. Untuk kameranya pula, ia dipadankan dengan 5 Megapixel kamera utama dan 0.3 Megapixel kamera hadapan yang boleh digunakan untuk Skype.

Spesifikasi Microsoft Lumia 532 Dual SIM

  • Hadir dengan versi Dual SIM
  • Dilengkapi dengan skrin sebesar 4.0 inci, 480 x 800 pixels
  • Hadir dengan platform Microsoft Windows Phone 8.1 dan boleh di update ke Windows 10
  • Kamera utama 5 Megapixel, kamera hadapan 0.3 Megapixel
  • Memori dalaman 8 GB serta 1 GB RAM
  • Kapasiti bateri Li-Ion 1560 mAh
  • Boleh didapati dalam warna hitam, putih, hijau dan oren
  • Harga RM 379

Untuk Spesifikasi Penuh boleh merujuk di sini : Spesifikasi Microsoft Lumia 532 Dual SIM

Sumber : Microsoft Lumia Malaysia

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-6444 image-6435 image-5603 image-6451 image-6457
Microsoft Lumia 532 Microsoft Lumia 435 Microsoft Lumia 535 Microsoft Lumia 640 Microsoft Lumia 640 XL