Microsoft meneruskan melancarkan satu lagi peranti untuk kelas permulaan iaitu Microsoft Lumia 540 Dual SIM yang telah dilancarkan di IMEA, Itali. Ia dijangka akan di pasaran pada harga USD150 bersamaan RM559 bermula bulan hadapan. Untuk pasaran Malaysia masih lagi belum ada maklumat dari Microsoft Malaysia yang akan membawa masuk peranti ini untuk pasaran tempatan.

Microsoft Lumia 540 Dual SIMMicrosoft Lumia 540 Dual SIM Dengan Skrin 5 Inci Diperkenalkan

Microsoft Lumia 540 Dual SIM merupakan kesinambungan kepada model Lumia 530 yang telah diumumkan pada tahun lepas. Untuk model baru ini, Microsoft telah meningkatkan paparn skrin 4.0 inci yang terdapat pada Lumia 530 kepada 5 inci yang hadir dengan resolusi HD 720p. Begitu juga dengan fungsi pengambaran yang telah ditingkatkan kepada 8 Megapixel kamera utama serta 5 Megapixel kamera hadapan untuk panggilan video dan juga selfie.

Microsoft Lumia 540 Dual SIM sebuah smartphone Windows Phone 8.1 yang menawarkan skrin 5.0 inci, 8 Megapixel kamera dan Quad-core 1.2 GHz

Untuk prestasinya pula, Microsoft mengekalkan pemproses yang sama. Microsoft Lumia 540 Dual SIM mengguna pemproses Qualcomm Snapdragon 200 dengan kepantasan CPU Quad-core 1.2 GHz yang mendapat sentuhan grafik dari cip Adreno 302. Model ini juga hadir dengan memori dalaman 8 GB serta menyokong slot memori tambahan sehingga 128 GB yang amat cukup untuk muatkan beratus-ratus gambar, muzik, aplikasi mahu pon video.

Microsoft Lumia 540 Dual SIM

Selain itu, peranti dengan sokongan dual SIM ini turut hadir dengan sambungan WIFI, Bluetooth, GPS dan juga radio. Sedikit mengecewakan, peranti mampu milik ini tidak disertakan dengan sambungan 4G LTE untuk capaian internet yang lebih pantas.

Microsoft Lumia 540 Dual SIM boleh didapati dalam lima pilihan warna termasuk hitam, putih, biru, hijau dan oren.