Bagi yang ingin mendapatkan Laptop yang baru, mungkin anda boleh mempertimbangkan mendapatkan Microsoft Surface 3 yang boleh ditempah bermula hari ini. Untuk pasaran Malaysia, Microsoft Surface 3 hadir dengan dua variasi iaitu model 64 GB dengan 2 GB RAM yang dijual pada harga RM1,989 dan model 128 GB dengan 4 GB RAM pada harga RM2,389 termasuk GST.

Microsoft Surface 3Microsoft Surface 3 Boleh Dibeli Di Malaysia Bermula Hari Ini

Berbeza dengan Microsoft Surface 3 Pro, model ini hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah dengan harga yang lebih murah. Peranti dengan paparan sebesar 10.8 inci ini hadir dengan pemproses Intel® Atom™ x7-Z8700 dengan kepantasan CPU Quad-Core 1.6 GHz. Menurut Microsoft, pemproses ini menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding Intel Core i3.

Bagi fungsi pengambaran pula, Microsoft Surface 3 membawakan 8 Megapixel kamera pada bahagian belakang. Untuk panggilan video melalui Skype pula, anda boleh melakukannya dengan menggunakan kamera 3.5 Megapixel di bahagian hadapan. Tidak seperti kebanyakan tablet di pasaran, peranti ini hadir dengan USB 3.0 saiz penuh yang boleh disambung terus ke peranti-peranti USB seperti tetikus dan sebagainya.

Microsoft Surface 3 Hadir Dengan Skrin 10.8 Inci, Pemproses Quad-Core 1.6 GHz, Kamera 8 Megapixel, Dijual Dengan Harga Bermula RM1,989

Selain itu, Microsoft Surface 3 juga hadir dengan beberapa aksesori yang dijual berasingan termasuk papan kekunci yang dinamakan sebagai Type Cover pada harga RM479, Docking Station dengan harga RM769 dan Surface Pen pada harga RM189.

Ia merupakan sebuah tablet dan juga Laptop yang menjalankan sistem operasi Windows 8.1. Ia juga akan mendapat kemaskini Windows 10 tidak lama lagi. Dengan harga dan spesifikasi yang agak baik tidak mustahil ia dapat mendominasi kedua-dua pasaran tablet dan laptop. Bagi yang berminat anda boleh mendapatkan peranti di kedai-kedai terpilih termasuk Sen HengHarvey NormanThundermatch TechnologySNS Network dan kedai pengedar rasmi Nokia, Hello Station. Setiap pembelian akan menerima 1 tahun jaminan dari Microsoft.