Lenovo Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah phablet Lenovo A7000 yang mengfokuskan pada multimedia dengan harga mampu milik RM699 yang mula dijual pada 20 May ini. Menarik tentang peranti ini ialah ia hadir dengan teknologi Dolby Atmos untuk bunyi yang lebih realistik pada kualiti yang sangat baik. [AdsPost]
Jika dilihat pada reka bentuknya, peranti ini seolah-olah model sbelumnya Lenovo A6000. Ia hadir dengan tiga pilihan warna, hitam, putih dan kuning. Peranti ini hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixels yang cukup besar dan sesuai untuk menonton video dan movie. Malah dengan adanya sokongan teknologi Dolby Atmos pada peranti ini akan meningkatkan lagi pengalaman menonton movie dan multimedia yang lebih baik.
Lenovo A7000 membawakan pemproses dari Mediatek MT6752m dengan kecekapan CPU Octa-core 1.5 GHz. Ia juga membawakan cip grafik Mali-T760MP2. Untuk model ini, Lenovo telah muatkan 8 GB memori dalaman untuk simpanan file-file multimedia, aplikasi dan sebagainya. Sekiranya masih tidak mencukupi, ia turut menyokong slot microSD yang boleh diguna sehingga 32 GB.
Untuk fungsi pengambaran pula, Lenovo A7000 memiliki kamera utama 8 Megapixel yang hadir denagn LED Flash. Ia juga turut menawarkan kamera 5 Megapixel di bahagian hadapan untuk panggilan video dan juga Selfie. Untuk ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini boleh merujuki di bawah.
Spesifikasi Lenovo A7000
- Dilengkapi dengan skrin 5.5 inci, 720 x 1280 pixels.
- Pemproses Mediatek MT6752m Octa-core 1.5 GHz Cortex-A53 dengan Mali-T760MP2 GPU
- 2 GB RAM, memori dalaman 8 GB, memori tambahan microSD sehingga 32 GB
- Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
- 8 Megapixel kamera belakang dengan LED flash
- 5 Megapixel kamera hadapan.
- Li-Po 2900 mAh kapasiti bateri
- Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
- Wifi, Radio, GPS, Bluetooth