Vivo baru sahaja mengumumkan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan pengimbas iris di bahagian kamera hadapan. Vivo X5 Pro merupakan peranti dengan skrin sebesar 5.2 inci yang hadir bersama resolusi HD 1080p. Unik mengenai skrinnya ialah memiliki skrin kaca lengkung 2.5D.
Untuk prestasinya pula, Vivo X5 Pro membawakan pemproses Qualcomm Snapdragon 615 dengan kepantasan CPU Octa-Core 1.7 Ghz. Peranti ini juga hadir dengan 2 GB RAM bagi memastikan kemampuan multitasking berjalan dengan baik. Vivo X5 Pro turut dilengkapi dengan memori dalaman 16 GB serta tambahan slot microSD sekiranya diperlukan.
Kamera pada peranti ini agak unik, Ia memiliki kamera hadapan yang boleh digunakan sebagai pengimbas iris untuk tujuan keselamatan. Bukan itu saja, kamera 8 Megapixel di bahagian hadapannya juga mampu mengambil gambar dengan resolusi 32 Megapixel. Bagi kamera utama pula, Vivo X5 Pro dimuatkan dengan 13 Megapixel yang gadir dengan Phase-detection Auto-focus (PDAF).
Lebih menarik lagi, peranti ini telah tersedia dengan platform berasaslan Android 5.0 Lollipop, Funtouch OS 3.0. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Vivo X5 Pro seperti sambungan rangkaian 4G LTE, sokongam dual SIM dan sebagainya.
Spesifikasi Vivo X5 Pro
- Dilengkapi dengan skrin 5.2 inci Super AMOLED, 1920 x 1080 Pixel
- Pemproses Qualcomm Snapdragon 615 Octa-Core 1.7 Ghz
- 2 GB RAM, memori dalaman 16 GB, memori tambahan microSD
- Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
- 12 Megapixel kamera belakang dengan LED flash, Phase-detection Auto-focus (PDAF)
- 8 Megapixel kamera hadapan dengan Pengimbas Iris
- Li-Ion 2300 mAh kapasiti bateri
- Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
- Wifi, Radio, GPS, Bluetooth
Soal harganya pula, ia dikatakan akan dipasarkan pada harga USD445 atau bersamaan RM1599 di Malaysia kelak yang akan mulakan jualan di China tidak lama lagi.