Samsung Galaxy Tab E Tablet Mampu Milik Samsung Galaxy Tab E Diperkenalkan

Hari ini Samsung telah memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Tab E yang bakal di pasaran dengan harga yang mampu milik. Peranti yang telah diumumkan di Taiwan ini hadir dengan skrin sebesar 9.6 inci dengan resolusi 800 x 1280 pixel. 

Untuk spesifikasinya, Samsung Galaxy Tab E hadir dengan pemproses Spreadtrum SC7730SE Quad-Core 1.3 GHz dengan 1.5 GB RAM. Untuk peranti mampu milik ini, ia tidaklah menawarkan memori terbina yang besar. Ia cuma hadir dengan 8 GB serta menyokong slot microSD untuk memori tambahan.
Samsung Galaxy Tab E
Samsung Galaxy Tab E akan ditawarkan dengan dua model iaitu Wifi sahaja dan juga model 3G yang kedua-duanya hadir dengan platform Android 4.4 Kitkat. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada tablet ini termasuk bateri 5,000mAh, kamera utama 5 Megapixel dan kamara hadapan 2 Megapixel.

Buat masa ini, peranti ini akan hadir untuk pasaran Taiwan sahaja pada penghujung bulan ini dengan haraga sekitar USD225 atau bersamaan RM850. Samsung masih lagi belum mengumumkan sama ada peranti ini akan dilancarkan di pasaran Global.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab E

  • Dilengkapi dengan skrin 9.6 inci, 800 x 1280 pixel
  • Pemproses Spreadtrum SC7730SE Quad-Core 1.3 GHz
  • 1.5 GB RAM, memori dalaman 8 GB, memori tambahan microSD
  • Dijalankan pada platform Android 4.4 Kitkat
  • 5 Megapixel kamera belakang dan 2 Megapixel di hadapan
  • 5,000mAh kapasiti bateri
  • Dua model, Wifi sahaja dan 3G