Spesifikasi Oppo Mirror 5 Hadir Dengan 5.0 Inci Skrin, Kamera 8 Megapixel, Pemproses Snapdragon 410 dan 2 GB RAM.
[AdsLink]Bagi yang sedang mencari telefon bimbit bawah RM1000, mungkin Oppo Mirror 5 boleh dipertimbangkan. Oppo Malaysia baru sahaja mengumumkannya untuk pasaran Malaysia yang dijual pada harga RM998. Dilihat pada reka bentuk, Oppo dilihat agak kreatif juka dibandingkan dengan jenama keluaran lain. Setiap model yang dikeluarkan memiliki reka bentuk dan keunikan tersendiri. Merekalah yang memperkenalkan dengan peranti dengan kamera putar dan mereka jugalah yang menghasilkan peranti ternipis. [AdsPost]
Begitu juga dengan model ini, Oppo Mirror 5 yang hadir dengan dua pilihan warna biru gelap dan putih yang hadir dengan reka bentuk seolah-olah sebuah peranti premium. Namun spesifikasinya tidaklah seperti yang diharapkan. Untuk sebuah peranti pada harga RM998 yang menggunakan skrin 5.0 inci dengan resolusi 540 x 960 pixels dan pemproses Snapdragon 410 dilihat agak rendah jika dibandingkan dengan harganya.
Lain-lain spesifikasi dilihat agak baik untuk peranti ini dengan penggunaan 2 GB RAM, I6 GB memori terbina dengan sokongan slot tambahan microSD sehingga 128 GB serta kamera 8 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel di hadapan.
Oppo Mirror 5 boleh didapati dengan harga RM998 yang boleh dibeli di kedai-kedai rasmi Oppo yang hadir dengan model dwi SIM.