Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition

Asus Malaysia Membawa Masuk Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition Dengan Harga RM1799. Hadir Dengan Warna Carbon Night atau Drift Silver

Asus Malaysia telah melancarkan beberapa peranti baru keluaran mereka untuk pasaran Malaysia. Antara produk yang diperkenalkan termasuk Asus ZenBook Pro UX501 sebuah Laptop berkuasa dengan harga RM 6,499, Sebuah All-In-One PC, Asus Zen AiO Pro yang berharga RM 4,599, Jam Pintar Asus ZenWatch 2 dengan harga RM649 serta sebuah telefon pintar edisi khas, Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition yang kini dipasaran tempatan dengan harga RM1799.

Bagi Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition, Asus telah membawakan pembaharuan terutamanya pada kerangka luaran yang dilapisi dengan kerangka Carbon Night atau Drift Silver yang boleh ditukar. 

Spesifikasinya pula tidak jauh beza dengan model Asus Zenfone 2 Deluxe yang asal. Ia hadir dengan 5.5 Inci Skrin dengan resolusi HD1080P, Pemproses daripada Intel Atom Z3590 dengan keupayaan Dual-Core 2.5 GHz CPU serta 4 GB RAM. Lebih menarik lagi model premium ini membawakan ruangan storan yang cukup besar dengan 128 GB serta sokongan slot tambahan yang juga sehingga 128 GB. Spesifikasi penuh Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition seperti dibawah.

Spesifikasi Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition
Platform Android 5.0 (Lollipop)
Pemproses Intel Atom Z3590, Dual-Core 2.5GHz
Memori 128 GB, 4 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, Dual-LED Flash
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3000 mAh battery
  • Warna Silver Polygon dan Carbon Night
  • Tersedia dipasang dengan Asphalt 8 Bundle dengan 24000 coin percuma
Harga Di Malaysia RM1799

Bagi yang berminat memiliki Asus Zenfone  2 Deluxe Special Edition, Anda boleh dapatinya dari pengedar rasmi Asus dengan harga RM1799. Anda juga boleh dapatkan model asal Asus Zenfone 2 Deluxe dalam warna unggu dan putih dengan harga RM1599.