[AdsFB]
LG G5 Kini Rasmi, Hadir Dengan Rekaan Modular, Pemproses Snapdragon 820, Dual Kamera. Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM2499.
[AdsLink]LG baru sahaja mengumumkan Smartphone perdana untuk tahun 2016 iaitu LG G5 di MWC 2016 yang berlansung di Barcelona sebentar tadi. Untuk model baru ini, LG cuba membawakan pakej lengkap yang sebelum ini mungkin kekurangan pada model-model perdana. Contohnya seperti memuatkan slot microSD dan juga bateri yang boleh ditukar namun masih mengekalkan rekaan unibody yang berasaskan logam.
Masih lagi mengenai rekaan LG G5 dimana ia merupakan model dengan rekaan modular. Slot di bahagian bawahnya boleh ditukar sama ada untuk menukar bateri, slot khas untuk kamera atau slot untuk audio bagi meningkatkan kualiti muzik yang telah ditune oleh Bang & Olufsen. Selain itu, LG G5 turut didatangkan dengan empat pilihan warna termasuk Silver, Titan, Gold dan Pink. [AdsPost]
Spesifikasi LG G5
Lihat pada Spesifikasi LG G5, kita tidak perlu ragu lagi dengan kebolehannya. Ia membawakan paparan sebesar 5.3 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Dan sudah tentunya ia dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 4. Namun untuk model ini tiada skrin kedua sepertimana yang dikhabarkan sebelum ini seperti yang terdapat pada LG V10. Sebaliknya, LG mengimplikasikan fungsi Always On pada LG G5.
Didalamnya, LG G5 antara yang terawal menggunakan cipset Snapdragon 820 yang dikatakan memiliki prestasi 30 hingga 35 peratus lebih baik berbanding Snapdragon 810. Untuk persembahan grafik pula, sudah tentunya dikuasai oleh Adreno 530 dengan kebolehan sehingga 40% lebih pantas dari cip Adreno 430. Apatah lagi penggunaan 4GB RAM memberikan ruang sepenuhnya kepada fungsi multitasking yang lebih baik pada model ini. Selain itu, terdapat juga 32 GB memori terbina dan sokongan slot tambahan sehingga 200 GB.
Untuk kamera, LG pertama kali memperkenalkan dual-kamera pada bahagian belakang untuk model perdananya. Untuk kamera kali ini, LG menekankan fungsi photo dengan sudut lebar yang membolehkan gambar diambil untuk kumpulan yang lebih besar. Kedua-dua kamera tersebut dengan sensor 16 Megapixel dan 8 Megapixel manakala di bahagian hadapan hadir dengan kamera 8 Megapixel untuk selfie. Fungsi lain seperti OIS, Laser Autofocus, rakaman 4K turut hadir pada peranti ini. [AdsPost2]
Ciri-ciri lain dan Perbandingan Spesifikasi LG G5 dan LG G4 seperti dibawah :
LG G5 | LG G4 | |
---|---|---|
Platform | Android 6.0 (Marshmallow) | Android 5.1 (Lollipop) |
Pemproses | Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 | Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 |
Paparan | 5.3 Inci, 1440 x 2560 pixels | 5.5 Inci, 1440 x 2560 pixels |
Memori | 4 GB RAM, 32 GB Internal, microSD | 3 GB RAM, 32 GB Internal, microSD |
Kamera |
|
|
Rangkaian | 4G LTE (Nano SIM) | 4G LTE (Nano SIM) |
Bateri | Li-Ion 2800 mAh | Li-Ion 3000 mAh |
Ciri-Ciri |
|
|
Haraga | Dijangka Sekitar RM2499 | RM2499 |
Pada pelancaran hari ini, LG turut memperkenalkan beberapa aksesori khas yang boleh digunakan bersama LG G5. Ianya termasuk LG 360 Camera dengan kebolehan mengambil gambar 360%, Slot Kamera, Slot Audio, Virtual Reality (VR) dan LG rolling Bot yang merupakan sebuah robot kecil untuk memantau rumah anda.
Tarikh Pasaran Dan Harga LG G5 Di Malaysia
Buat masa ini, LG masih belum mengumumkan tarikh pasaran dan harga LG G5 dan juga semua aksesori tambahan yang diperkenalkan pada hari ini. Namun, jangkaan kami ia akan dipasarkan tidak jauh bezanya dengan model LG G4 dengan harga di Malaysia sekitar RM2499 sekiranya tidak mengambil kira kos GST dan juga kesan kejatuhan Ringgit.
Baca : Senarai Harga LG Terkini di Malaysia
Mengenai tarikh pasarannya pula dijangka pada bulan April tahun ini untuk pasaran serentak antarabangsa dan mungkin juga termasuk pasaran Malaysia.