Alcatel PLUS 10

Tablet Hybrid Windows 10, Alcatel PLUS 10 Dilancarkan Dengan Skrin 10.1 Inci, 5 Megapixel Kamera Dan Sambungan 4G LTE

Di awal pentas MWC 2016, Alcatel memperkenalkan sebuah Tablet 2-In-1 yang dinamakan Alcatel PLUS 10 yang tersedia dipasang dengan Windows 10. Seperti kebanyakan Tablet 2-In-1 atau Tablet Hybrid yang lain, Alcatel PLUS 10 turut hadir dengan papan kekunci boleh tanggal yang tersedia dengan dengan bekalan bateri tambahan sebesar 2,580mAh. Didalam tablet itu sendiri juga dimuatkan dengan 5,830mAh yang membolehkan penggunaan sehingga 8 jam lamanya dengan gabungan kedua-dua bateri tersebut. 

Rekaannya bukanlah seperti tablet premium seperti Microsoft Surface Book dan sebagainya. Namun ia boleh dijadikan pilihan bagi yang inginkan Tablet Hybrid yang lebih murah. Selain itu, peranti ini hadir dengan dua pilihan warna putih dan juga hitam.

Alcatel PLUS 10 Alcatel PLUS 10 Alcatel PLUS 10
Alcatel PLUS 10 Alcatel PLUS 10

Mengenai spesifikasi Alcatel PLUS 10, ia membawakan paparan sebesar 10.1 inci dengan resolusi 1280 x 800 pixel. Di dalamnya pula dikuasai oleh pemproses Intel Atom x5 Z8350 dengan CPU Quad-Core 1.92 Ghz dan 2 GB RAM. Alcatel turut memuatkan ruangan memori sebesar 64 GB serta sokongan slot tambahan microSD.

Lebih menarik, Tablet yang dipadukan dengan Windows 10 ini dilengkapi dengan sambungan 4G LTE serta berkebolehan menawarkan Wifi Hotspot kepada 15 peranti lain. Di bahagian belakangnya juga terdapat 5 Megapixel kamera serta 2 Megapixel di bahagian hadapan.

Baca : Senarai Harga Alcatel Terkini di Malaysia

Alcatel Plus 10 dijangka akan mula dipasarkan pada bulan June ini untuk pasaran Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika. Pasaran Asia termasuk Malaysia masih belum diketahui. Begitu juga dengan harga Alcatel Plus 10 rasminya yang masih belum diumumkan.