ZTE Blade V7

Dua Peranti Pertengahan Dari ZTE Diperkenalkan di MWC 2016, ZTE Blade V7 Dan Blade V7 Lite Dengan Rekaan Logam Dan Pengimbas Cap Jari.

Masih lagi di MWC 2016 dimana ZTE telah mengumumkan dua model mampu miliknya iaitu ZTE Blade V7 dan ZTE Blade V7 Lite. Kedua-dua peranti ini lebih mengfokuskan kepada belia dengan sentuhan logam pada kerangkanya. Kedua-duanya boleh didapati dalam dua pilihan warna termasuk emas dan perak.

Lebih menarik lagi, peranti-peranti ini tersedia di pasang dengan platform Android 6.0 (Marshmallow) dan juga sokongan kawalan Smart Gesture. Harga ZTE Blade V7 Dan Blade V7 Lite masih belum diumumkan namun untuk negara pasaran telah diberitahu dimana ZTE Blade V7 akan dipasarkan untuk negara Germany, Spain, South Africa, Ethiopia, dan Mexico manakala untuk versi Lite pula akan dipasarkan di Russia, Mexico, Spain, Germany dan Thailand. 

Spesifikasi ZTE Blade V7 Dan Blade V7 Lite

Dilihat pada hardware-nya, kedua-dua model ini boleh dikelaskan sebagai peranti pertengahan. ZTE Blade V7 membawakan skrin sebesar 5.2 Inci dengan resolusi Full HD 1080P manakala versi Lite pula memiliki skrin dan resolusi yang lebih kecil iaitu 5.0 inci yang hadir bersama resolusi HD 720P. Namun satu kelebihan pada versi Lite ini ialah memiliki pengimbas cap jari terbina di bahagian belakangnya.

ZTE Blade V7

Selain itu, kedua-dua model ini membawakan pemproses dari Mediatek dengan 2 GB RAM serta 16 GB ruang memori terbina didalamnya. Jika masih tidak mencukupu, ZTE turut menyediakan slot tambahan yang boleh diisi sehingga 128 GB.

Spesifikasi penuh seperti dibawah :

ZTE Blade V7ZTE Blade V7 Lite
PlatformAndroid 6.0 (Marshmallow)Android 6.0 (Marshmallow)
PemprosesMediatek MT6735PMediatek MT6753
Paparan5.2 Inci, 1080 x 1920 pixels5.0 Inci, 720 x 1280 pixels
Memori2 GB RAM, 16 GB Internal, microSD2 GB RAM, 16 GB Internal, microSD
Kamera
  • 13 Megapixel (Kamera Utama)
  • 5 Megapixel(Kamera Selfie)
  • PDAF, Dual-LED Flash, HDR
  • 8 Megapixel (Kamera Utama)
  • 8 Megapixel(Kamera Selfie)
  • LED flash, HDR
Rangkaian4G LTE, Dual-SIM4G LTE, Dual-SIM
BateriLi-Ion 2500 mAhLi-Ion 2500 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Emas dan Perak
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • FM Radio
  • Warna Emas dan Perak
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • FM Radio
  • Pengimbas Cap Jari
HargaBelum DiumumkanBelum Diumumkan

Tarikh Jualan Dan ZTE Blade V7 Dan Blade V7 Lite Harga di Malaysia

Seperti yang diumumkan ZTE, buat masa ini mereka akan memasarkan kedua-dua model ini di beberapa negara terpilih termasuk Germany, Spain, South Africa, Ethiopia, Mexico, Russia dan Thailand. Untuk pasaran Malaysia pula tidak dinyatakan. Mungkin agak sukar untuk kita melihat dua model ini memasuki pasaran tempatan oleh kerana tidak banyak peranti-peranti ZTE yang memasuki pasaran Malaysia.

Begitu juga harganya yang masih lagi belum diumumkan walaupun untuk pasaran antarabangsa. Untuk pengguna Malaysia, boleh merujuk senari harga terbaru ZTE untuk melihat model-model terkini ZTE yang telah berada di pasaran Malaysia.