Android N Developer Preview

Google Memperkenalkan Android N Developer Preview Yang Sedia Dicuba Peranti Nexus. Bawakan Pelbagai Ciri-Ciri Baru Termasuk Sokongan Multi-Window.

Dalam diam Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk platform Android mereka iaitu Android N Developer Preview. Walaupun masih ramai yang belum merasai Android 6.0 MarshMallow, Google telah menghantar kemaskini Android N Developer Preview kepada para pembangun melalui kemaskini OTA. Bagi pengguna peranti Nexus 6, Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus Player, Nexus 9 dan Pixel C, anda berpeluang mencuba platform terbaru ini dengan mendaftar di laman Android Beta.

Google dijangka akan memperkenalkan Android N secara rasmi pada May ini di majlis Google I/O dan versi akhir akan mula sampai kepada pengguna pada suku ke-3 tahun ini. 

Beberapa perkara baru yang diperkenalkan Google untuk kemaskini kali ini antaranya seperti fungsi pecahan skrin yang akan hadir pada tablet dan juga telefon pintar. Android N juga akan hadir dengan fungsi Direct Reply dimana anda boleh membalas mesej hanya melalui panel notifikasi. Antara sebahagian ciri-ciri baru Android N yang lain seperti dibawah.

android-n-1Fungsi Direct Reply melalui notifikasi pada Android N
android-n-2Fungsi Multi-Windows untuk tablet dan telefon pintar.

Ciri-ciri Baru Yang Akan Hadir Pada Android N

  • Sokongan Multi-Window – Fungsi Split Screen atau pecahan skrin yang membenarkan anda mebuka dua aplikasi serentak pada tablet dan Telefon pintar.
  • Penambahbaikan Notifikasi dan Quick Setting – Kini anda boleh membalas mesej terus melalui notifikasi tanpa membuka aplikasi mesej.
  • Fungsi Data Saver – Fungsi ini akan membantu mengurangkan penggunaan data selular dimana anda boleh mengawal penggunaan data pada setiap aplikasi.
  • Fungsi Menyekat Nombor Telefon – Android N menyediakan sistem sedia ada untuk menyekat panggilan suara atau masej.
  • Mengoptimumkan Latar – Untuk Android N, Google memperkenalakan Project Svelte yang bertujuan mengoptimumkan penggunaan RAM dan bateri yang lebih efektif.
  • Dan banyak lagi.

Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan nama sebalik huruf “N” pada Android N Developer Preview. Seperti biasa, ia akan diumumkan menjelang pengeluaran versi akhir kelak yang dijangka pada suku ke-3 tahun ini.

Sumber : Android Preview