Apple iPad Pro Kini Hadir Dengan Saiz 9.7 Inci Skrin. Hadir Bersama 12 MP Kamera Dan Pemproses Apple A9X

Selain Apple iPhone SE yang dilancarkan semalam, Apple turut memperkenalkan sebuah tablet bersaiz 9.7 inci iaitu Apple iPad Pro 9.7. Berbeza dengan model iPad Air dan iPad Mini, versi iPad Pro ini hadir dengan prestasi yang lebih baik serta sokongan Apple Pencil dan juga papan kekunci khas. Menurut Apple, iPad Pro merupakan pengganti laptop terbaik memandangkan kemampuan yang dimilikinya. Tambahan pila, ia memiliki rekaan yang lebih nipis serta fungsi multimedia dengan 4-Speaker di setiap penjuru.

Tahun lalu, Apple pertama kali mengumumkan Apple iPad Pro dengan skrin sebesar 12.9 inci dan untuk tahun ini iPad Pro bersaiz 9.7 inci pula diperkenalkan. Rekaan luarnya adalah sama kecuali pada saiz dan warna baru Rose Gold yang terdapat pada model 9.7 inci. 

Ciri-Ciri Dan Spesifikasi Apple iPad Pro 9.7

Untuk spesifikasinya, Apple dilihat menggunakan pemproses yang sama pada iPad Pro 12.9 iaitu Apple A9X dengan kemampuan Dual-Core CPU. Untuk tablet baru ini hadir dengan tiga pilihan memori iaitu 32GB, 128GB dan juga 256GB yang hadir bersama 4 GB RAM.

Selain itu, iPad Pro baru ini turut memperkenalkan paparan True Tone dengan resolusi 2048 x 1536 pixel. Ia turut disertakan dengan 4-channel ambient sensor bagi menentukan kecerahan paparan secara automatik bersesuaian dengan cahaya persekitaran. 

Untuk kamera, Apple telah mengemaskini dengan kamera yang lebih baik berbanding iPad Pro yang lalu. Ia dilengkapi dengan 12 Megapixel lengkap dengan Dual-LED Flash, Sokongan PDAF serta mampu membuat rakaman video 4K. Di bahagian hadapan pula turut hadir dengan 5 Megapixel kamera untuk panggilan video.

Untuk perbandingan antara spesifikasi Apple iPad Pro 9.7 dan Apple iPad Pro 12.9 yang lebih jelas seperti dibawah.

Apple iPad Pro 9.7 Apple iPad Pro 12.9
Platform iOS 9.3 iOS 9, Boleh Di Naiktaraf Ke iOS 9.3
Pemproses Apple A9X Apple A9X
CPU Dual-Core (Twister) Dual-Core 2.26 GHz (Twister)
Paparan 9.7 Inci, 1536 x 2048 pixels 12.9 Inci, 2048 x 2732 pixels
Memori 4 GB RAM, 32/128/256 GB Internal 4 GB RAM, 32/128 GB Internal
Kamera
  • 12 Megapixel, F2.2 (Kamera Utama)
  • 5 Megapixel, F2.2 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash, 4K Recorder
  • 8 Megapixel, F2.4 (Kamera Utama)
  • 1.2 Megapixel (Kamera Selfie)
  • Full HD Recorder
Rangkaian Pilihan 4G LTE Pilihan 4G LTE
Bateri Li-Ion (27.5 Wh) Li-Ion 10,307 mAh (38.8 Wh)
Ciri-Ciri
  • Warna Space Gray, Silver, Gold, Rose Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • 4-Speaker
  • Warna Space Gray, Silver, Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • 4-Speaker
Harga Di Malaysia Harga Bermula : RM2399 (Jangkaan) Harga Bermula : RM3599

Harga Apple iPad Pro 9.7 Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

iPad Pro 9.7 yang baru ini boleh didapati dalam tiga pilihan memori iaitu 32 GB, 128 GB dan 256 GB. Anda juga boleh dapati dalam pilihan Wifi sahaja atau Wifi+LTE  bagi setiap pilihan memori. Semasa pelancaran, Apple telah mengumumkan harga rasmi untuk pasaran USA iaitu bermula dari USD599, USD749 dan USD899 untuk model Wifi sahaja. Bagi versi LTE pula perlu menambah USD130 untuk setiap model. Tarikh Jualan bermula 31 March ini.

Di Malaysia, mungkin ianya hadir sedikit lewat untuk pasaran tempatan. Berkemungkinan pada penghujung May tahun ini. Untuk harga jualan pula, ia dijangka bermula dari RM2399 (32GB) untuk model WiFi manakala model LTE pula bermula RM2929 (32GB).