Harga Apple iPhone SE Malaysia

Apple iPhone SE Diperkenalkan Dengan Skrin 4.0-Inci, Kamera 12MP, Cip Pemproses Apple A9 Dan Harga Yang Lebih Murah

Apple telah mengumumkan model iPhone terbaru mereka dengan skrin bersaiz 4.0 inci iaitu Apple iPhone SE semalam. Ianya bukanlah pengganti iPhone 6S dan 6S Plus yang dilancarkan tahun lalu, sebaliknya merupakan variasi dengan saiz yang lebih kecil dan kompak. Menurut Apple, pengguna masih lagi meminati telefon pintar bersaiz kecil memandangkan ia lebih selesa dipegang serta mudah dibawa didalam poket.

Rekaannya tidak asing lagi bagi kita, ia memiliki rekaan serta saiz yang sama dengan Apple iPhone 5S yang diperkenalkan pada tahun 2013, cuma kehadiran warna baru Rose Gold yang menyerikan lagi model baru ini. Di bahagian dalam pula sudah tentu Apple membawakan spesifikasi yang lebih baik bersesuaian dengan tahun 2016. 

Ciri-Ciri Dan Spesifikasi Apple iPhone SE

Walaupun memiliki rekaan yang kecil, Apple iPhone SE dipadukan dengan pemproses Apple A9 iaitu cip yang sama digunakan pada iPhone 6S. Jadi, untuk prestasinya tidak dapat disangkal lagi, ia memiliki prestasi sehebat model 6S dan 6S Plus. Didalamnya juga, Apple telah menyediakan dua pilihan ruang memori sebesar 16 GB serta 64 GB yang turut hadir bersama 1 GB RAM. Namun, seperti biasa tiada ruangan slot memori untuk peranti ini.

Kamera juga dilihat lebih baik dari iPhone 5S, mungkin menggunanakan kamera yang sama seperti di iPhone 6S dengan 12 Megapixel serta sokongan Dual-LED Flash, PDAF, rakaman 4K dan sebagainya. Dibahagian hadapan pula hadir dengan 1.2 Megapixel kamera.

Untuk smartphone pertengahan atas ini, Apple turut memperkenalkan kemaskini iOS 9.3 yang tersedia diapasang pada peranti ini. Fungsi lain seperti pengimbas cap jari, sokongan Apple Pay, bateri Li-Po 1642 mAh serta sokongan LTE turut hadir untuk peranti ini. 

Untuk perbandingan antara spesifikasi Apple iPhone SE dan Apple iPhone 5S yang lebih jelas seperti dibawah :-

Apple iPhone SE Apple iPhone 5S
Platform iOS 9.3 iOS 7, Boleh Di Naiktaraf Ke iOS 9.3
Pemproses Apple A9 Apple A7
CPU Dual-Core 1.84 GHz Twister Dual-Core 1.3 GHz Cyclone
Paparan 4.0 Inci, 640 x 1136 pixels 4.0 Inci, 640 x 1136 pixels
Memori 1 GB RAM, 16/64 GB Internal 1 GB RAM, 16/32/64 GB Internal
Kamera
  • 12 Megapixel, F2.2 (Kamera Utama)
  • 1.2 Megapixel, F2.4 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash, 4K Recorder
  • 8 Megapixel, F2.2 (Kamera Utama)
  • 1.2 Megapixel, F2.2 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash
Rangkaian 4G LTE 4G LTE
Bateri Li-Po 1642 mAh Li-Po 1560 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Space Gray, Silver, Gold, Rose Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Space Gray, Silver, Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jar
Harga Di Malaysia Harga Bermula : RM1699 (Jangkaan) Harga Bermula : RM2199

Harga Apple iPhone SE Di Malaysia dan Tarikh Jualan

Apple turut mendedahkan harga rasmi untuk iPhone 6S bagi kedua-dua model 16GB dan juga 64 GB. Untuk pasaran USA ia akan dijual dengan harga USD399 untuk model 32 GB dan USD499 untuk model 64 GB. Ia boleh ditempah bermula 24 March ini dan jualan rasmi pada 31 March ini.

Bagi di Malaysia pula agak lewat dimana ia dijangka hadir untuk pasaran tempatan pada penghujung bulan May ini. Harga jualan pula dijangka sekitar RM1699 untuk model 16 GB dan RM2099 untuk model 64GB.