HTC One S9

Barisan HTC One Diteruskan. HTC One S9 Hadir Dengan Paparan 5.0 Inci Full-HD, Pemproses Helio X10 SoC

HTC baru saja menambah satu lagi model baru untuk keluarga HTC One iaitu HTC One S9 yang merupakan sebuah peranti dengan rekaan premium namun untuk pasaran pertehgahan atas. Ia telah disenaraikan di German dengan harga jualan €499 atau bersamaan dengan RM2299. Untuk pasaran di negara yang lain masih lagi belum dipastikan.

Dari segi rekaannya tidak jauh bezanya dengan kebanyakan model HTC One yang lain. Cuma, tiada pengimbas cap jari pada peranti ini. Peranti ini juga membawakan paparan bersaiz 5.0 inci pada resolusi HD1080P. Untuk peranti ini juga anda boleh dapati dalam warna Silver dan Gold.

Spesifikasi HTC One S9

Untuk spesifikasinya, tiada yang istimewa untuk peranti pertengahan ini. Bedasarkan spesifikasi yang ditawarkan, peranti ini dilihat agak mahal dengan harga yang mencecah RM2000. Didalamnya, HTC One S9 membawakan cip Mediatek MT6795 Helio X10 dengan kemampuan CPU Octa-Core 2.0 Ghz. Ia turut hadir dengan 16 GB memori dalaman dan 2 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 200 GB.

HTC One S9 HTC One S9 HTC One S9

Untuk peranti ini, HTC lebih mengfokuskan pada sistem kamera yang lebih baik. Kameranya menggunakan sensor 13 Megapixel yang turut ditingkatkan dengan penggunaan OIS, Aperture F2.0 serta penggunaan Dual-LED Flash. Di bahagian hadapan pula kamera Ultrapixel digunakan untuk kualiti gambar selfie yang lebih baik.

  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD1080P
  • Pemproses Mediatek MT6795 Helio X10, 16 GB Memori, 2 GB RAM
  • Kamera Utama 13 Megapixel, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 4 Megapixel
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Li-Ion 2840 mAh
  • Warna Silver, Gold
  • Harga bermula €499 (Sekitar RM2299)Di Eropah

HTC One S9 juga telah tersedia dipasang dengan platform terbaru Android 6.0 MarshMallows dengan HTC Sense yang terbaru, Li-Ion 2840 mAh, NFC, Bluetooth, GPS serta sokongan Dual-SIM.

Harga HTC One S9 Di Malaysia

HTC One S9 akan mulakan pasarannya di Eropah dengan harga €499. Untuk pasaran lain masih lagi belum diumumkan. Bagi harga HTC One S9 di Malaysia pula, ia dijangka sekitar RM2299. Anda boleh menyemak harga rasmi peranti ini di senarai harga HTC di Malaysia sekiranya peranti ini memasuki pasaran tempatan kelak.