Meizu M3

Meizu Memperkenalkan Model Mampu Milik Dengan Harga Serendah USD92. Meizu M3 Dilengkapi Skrin 5.0, Cip Mediatek Dan 13 MP Kamera.

Satu lagi smartphone mampu milik diperkenalakan iaitu Meizu M3 yang nerupakan pengganti kapada Meizu M2 yang diperkenalkan pada tahun lepas. Ianya merupakan pesaing terdekat kepada Xiaomi Redmi 3 dengan tawaran spesifikasi serta harga yang hampir sama.

Meizu M3 hadir dengan rekaan serta spesifikasi yang hampir sama dengan model terdahulu. Namun beberapa ciri cirinya telah ditingkatkan seperti penggunaan cip pemproses yang lebih baik serta kapasiti bateri yang lebih besar.

Spesifikasi Meizu M3

Untuk spesifikasinya, Meizu M3 masih lagi menggunakan paparan yang sama iaitu skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720P. Untuk peranti ini juga ia menggunakan platgorm Flyme 5.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Meizu M3 Meizu M3 Meizu M3

Di bahagian dalam pula, peranti ini dipadukan dengan cip Mediatek MT6750 yang membawakan keupayaan CPU Octa-Core 1.5 GHz. Ia juga turut menyediakan dua pilihan model dengan 16 GB memori dalaman serta 3 GB RAM atau 32 GB memori dalaman serta 3 GB RAM. Bagi yang inginkan memori tambahan, slot microSD juga disediakan untuk peranti ini.

Kamera utamanya menggunakan 13 Megapixel dengan F2.2 Apature dan juga fungsi lain termasuk Phases Detection Autofocus, Dual LED Flash dan sebagainya. Di bahagian hadapan pula tertera sensor 5 Megapixel F2.0 untuk selfie.

  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720P
  • Pemproses Mediatek MT6750, 16/32 GB Memori, 2/3 GB RAM
  • Kamera Utama 13 Megapixel, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 5 Megapixel
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Bateri 2870 mAh
  • Warna Gray, White, Blue, Pink, Gold
  • Harga bermula CNY 599 Di China

Smartphone mampu milik ini juga turut hadir dengan sokongan Bluetooth, Wifi, GPS, sokongan Dual SIM dan sebagainya. Namun malangnya, tiada funhsi pengimbas cap jari untuk peranti ini.

Harga Meizu M3 Di Malaysia

Meizu M3 boleh didapati dalam lima pilihan warna termasuk putih, kelabu, biru, merah jambu dan emas. Di China, peranti ini akan dijual dengan harga sekitat CNY 599 (USD92) bagi model 16GB/2GB RAM manakala untuk model 32GB/3 GB RAM pula akan dipasarkan dengan harga CNY 799 (USD129).

Bagi harga Meizu M3 di Malaysia pula, peranti ini dijangka hadir dengan harga sekitar RM399 untuk model 16 GB dan RM499 untuk model 32 GB. Harga rasmi boleh merujuk di Senarai harga terkini Meizu di Malaysia apabila model ini berada di pasaran kelak.