ZTE Nubia Z11 Mini

ZTE Mengumumkan Model Baru Untuk Keluarga Nubia Iaitu ZTE Nubia Z11 Mini. Hadir Dengan 16 Megapixel Kamera, 5.0″ Skrin, Pemproses Snapdragon 617

Barisan keluarga Nubia merupakan model-model smartphone perdana dari ZTE dengan rekaan premium serta spesifikasi tinggi. Terbaru, mereka telah menambah satu lagi model untuk keluarga Nubia. Ia dipanggil sebagai ZTE Nubia Z11 Mini.

Untuk rekaan luar, tidak banyak bezanya dengan model-model Nubia yang diperkenalkan sebelum ini. Cuma kelihatan jelas pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti ini. Ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan emas. 

Untuk spesifikasi, model mini ini dilengkapi dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Ia juga mendapat sentuhan antaramuka dari NubiaUI 3.9.6 yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.

Fokus utama pada ZTE Nubia Z11 Mini adalah pada sistem kameranya dimana ia hadir dengan resolusi kamera yang besar iaitu 16 Megapixel kamera dan Apature F2.0. Selain itu kameranya juga menyokong fungsi Phase Detection Autofocus, LED Flash serta 8MP Kamera dibahagian hadapan.

ZTE-nubia-Z11-mini-1ZTE Nubia Z11 Mini

Di bahagian dalam, peranti kecil ini dipadukan dengan pemproses Snapdragon 617, Andreno 405, 3 GB RAM dan 64 GB Memori dalaman. ZTE Nubia Z11 turut menyediakan slot tambahan microSD sehingga 128 GB. Spesifikasi ZTE Nubia Z11 yang lain seperti di bawah.

  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels (Full-HD)
  • Pemproses Qualcomm MSM8952 Snapdragon 617, 64 GB Memori, 3 GB RAM
  • Kamera Utama 16 Megapixel, F2.0, PDAF, LED Flash
  • Kamera Selfie 8 Megapixel, F2.4
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Dilengkapi dengan pengimbas cap jari
  • Bateri Li-Ion 2800 mAh
  • Warna Black, White, Gold

Di China, peranti kecil ini akan dijual pada bulan ini dengan harga sekitar CNY1,500 atau bersamaan USD230. Bagi harga ZTE Nubia Z11 Mini di malaysia pula ia dijangka sekitar RM899. Namun tidak ada kepastian bahawa peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Sumber : GizChina