Asus Zenfone 3

Asus Memperkenalkan Tiga Model Zenfone Baru Termasuk Asus Zenfone 3, Asus Zenfone 3 Deluxe Dan Asus Zenfone 3 Ultra. Harga Dijangka Bermula RM1099.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Asus telah melancarkan tiga siri baru Smartphone Asus Zenfone 3 untuk pasaran 2016. Ia termasuk model premium Asus Zenfone 3 Deluxe, model bersaiz besar Asus Zenfone 3 Ultra serta model pertengahan Asus Zenfone 3.

Ketiga-tiga model Asus Zenfone ini memiliki rekaan yang hampir sama dengan kerangka aluminium serta pengimbas cap jari di bahagian belakangnya. Tiada lagi rekaan polycarbonate seperti model Asus Zenfone 2 sebelum ini. Peranti ini juga turut hadir dengan USB Type-C untuk penghantaran data dan pengecasan yang lebih pantas.

Untuk spesifikasinya, model Asus Zenfone 3 lebih fokuskan pada pasaran pertengahan. Ia hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P, Pemproses Snapdragon 625, Pilihan 32 GB/3 GB RAM atau 64/4 GB RAM serta kamera 16 Megapixel yang hadir dengan PDAF dan juga Penstabilan Imej Optikal (OIS). Spesifikasi Asus Zenfone 3 yang lain seperti dibawah :-

  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan pilihan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625
  • Memori Dalaman 32/64 GB serta 3/4 GB RAM
  • Kamera Utama 16 MP, Laser/PDAF, OIS, F2.0
  • Kamera Selfie 8 MP, F2.0
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Infrared
  • Bateri 3000 mAh
  • Hadir Dengan Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Sapphire Black, Moonlight White, Shimmer Gold
  • Harga Bermula USD249 (RM1099)

Bagi model Asus Zenfone 3 Deluxe pula akan bersaing dengan model-model perdana yang lain. Spesifikasinya juga agak mantap dengan prestasi yang baik, skrin yang besar, fungsi kamera yang terbaik serta kapasiti memori yang besar.

Asus Zenfone 3

Untuk peranti ini ia dikengkapi dengan skrin sebesar 5.7 inci yang dipadukan oleh pemproses Snapdragon 820. Di dalamnya juga terdapat pilihan memori dari 64 GB sehingga 128GB serta pilihan 4 GB RAM atau 6 GB RAM. Berbeza dengan Zenfone 3 yang biasa, model Deluxe ini hadir dengan sistem kamera yang lebih baik dengan 23Megapixel kamera utama serta 8 MP kamera di bahagian hadapan. Fungsi OIS dan PDAF turut disertakan pada smartphone premium ini. Spesifikasi Asus Zenfone 3 Deluxe yang lain seperti dibawah :-

  • Paparan sebesar 5.7 inci dengan pilihan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
  • Memori Dalaman 64/128/256 GB serta 4/6 GB RAM
  • Kamera Utama 23 MP, Laser/PDAF, OIS, F2.0
  • Kamera Selfie 8 MP, F2.0
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Infrared
  • Bateri 3000 mAh
  • Hadir Dengan Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Glacier Silver, Titanium Gray, Shimmer Gold
  • Harga Bermula USD499 (RM2099)

Bagi yang inginkan paparan yang lebih besar, Asus Zenfone 3 Ultra mungkin lebih sesuai untuk anda. Peranti ini menawarkan paparan sebesar 6.8 inci dengan resolusi HD 1080P. Di bahagian dalam pula, ia disertakan dengan pemproses Snapdragon 652, 32/64/128 GB memori dalaman, Kamera 23 Megapixel serta kapasiti bateri sebesar 4600 mAh. Spesifikasi Asus Zenfone 3 Ultra yang lain seperti dibawah :-

  • Paparan sebesar 6.8 inci dengan pilihan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
  • Memori Dalaman 32/64/128 GB serta 3/4 GB RAM
  • Kamera Utama 23 MP, Laser/PDAF, OIS, F2.0
  • Kamera Selfie 8 MP, F2.0
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Infrared
  • Bateri 4600 mAh
  • Hadir Dengan Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Glacier Silver, Titanium Gray, Metallic Pink
  • Harga Bermula USD479 (RM1999)

Untuk harganya, Asus telah mengumumkan harga untuk ketiga-tiga model Asus ZenFone 3 ini. Untuk model Asus ZenFone 3 Deluxe, harganya bermula dari USD499 (RM2099) manakala untuk model Ultra dan Asus Zenfone 3 versi pertengahan masing-masing bermula dari USD479 (RM1999) dan USD249 (RM1099).

Di Malaysia pula, harga rasmi dan tarikh jualan masih lagi belum diketahui. Anda boleh merujuk senarai harga terkini Asus di Malaysia sekiranya model ini telah berada.di pasaran kelak.