Apple iPhone SE Maxis Zerolution

Maxis Menawarkan Pakej Zerolution iPhone SE Dengan Peranti Serendah RM45/Sebulan Dan Data Internet Serendah RM128/Sebulan.

Apple iPhone SE akan mulakan jualannya pada 13 May ini yang akan dijual dengan harga RM1949 untuk model 16 GB dan RM2449 untuk model 64 GB. Ia boleh didapati dengan empat pilihan warna termasuk silver, gold, space gray dan Rose Gold.

Bagi yang ingin membelinya secara ansuran, Maxis telah menawarkan harga terbaik untuk anda melalui pakej  Zerolution iPhone SE. Dengan pakej ini, anda berpeluang mendapatkan iPhone SE serendah RM45 untuk model 16 GB atau RM66 untuk model 64GB dengan kontrak ansuran selama 2 tahun.

Pakej Maxis Zerolution Untuk Apple iPhone SE 64GB
Pakej Maxis Zerolution Untuk Apple iPhone SE 16GB

Anda juga diberi pilihan untuk menuertai Zerolution Upgrade Program dengan bayaran bulanan tambahan sebanyak RM43. Dengan program ini anda akan menerima peranti baru setiap 12 bulan serta mendapat perlindungan peranti sekiranya pecah, rosak dan sebagainya.

Baca : Spesifikasi Penuh Apple iPhone SE

Untuk pakej Zerolution iPhone SE, anda diwajibkan untuk memilih salah satu pelan data tersebut dengan langganan bulanan serendah RM128 hingga RM188.

  • MaxisONE plan 128 (10GB Data) – RM128/Sebulan
  • MaxisONE plan 158 (15GB Data) – RM158/Sebulan
  • MaxisONE plan 188 (20GB Data) – RM188/Sebulan

Ketiga-tiga pelan data ini menawarkan panggilan serta SMS percuma untuk semua rangkaian.

Bagi yang berminat, anda boleh layari laman Maxis untuk menempah peranti anda dan menerimanya bermula 13 May ini.