Alcatel Flash Plus 2

Flash Plus 2 Diperkenalkan Dengan Rekaan Premium, Pengimbas Cap Jari, Skrin 5.5-Inci. Harga Dijangka Bermula RM699 Di Malaysia.

Flash yang merupakan siri jenama dibawah Alcatel telah melancarkan model baru untuk pasaran 2016. Peranti yang dinamakan sebagai Flash Plus 2 mengfokuskan pada smartphone premium pada harga yang lebih mampu milik.

Rekaannya juga dilihat begitu elegan dengan pilihan warna emas dan perak. Ia dikemaskan lagi dengan kerangka logam dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapan untuk kelihatan lebih premium. Di bahagian hadapan pula, peranti ini dimuatkan dengan paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P.

Spesifikasi Flash Plus 2

Smartphone Flash Plus 2 membawakan beberapa ciri-ciri istimewa yang menjadi satu kelebihan pada peranti ini. Selain harganya yang murah, peranti ini hadir dengan HiFi Muzik dengan speaker yang berkualiti dan sedap didengar. Ia dimuatkan dengan NXP9890 Audio Amplifier untuk tingkatkan kuasa speaker kepada tahap yang kebih baik. Hasilnya sudah tentu bunyi yang lebih berkualiti.

Alcatel Flash Plus 2Alcatel Flash Plus 2Alcatel Flash Plus 2
Gambar Alcatel Flash Plus 2

Untuk fungsi pengambaran, Flash Plus 2 diintegrasi dengan 13 Megapixel kamera di bahagian belakangnya. Kameranya turut dimuatkan dengan fungsi Phase Detection Autofocus, RealTone Flash, dan bukaan Aperture F2.0. Manakala untuk kamera hadapan dilengkapi dengan 5 Megapixel kamera untuk selfie dan juga panggilan video.

Prestasinya juga agak setimpal dengan harga yang ditawarkan. Dibahagian dalamnya Flash Plus 2 dikuasai dengan pemproses Mediatek Helio P10 dengan kemampuan Octa-Core CPU, pilihan 2 GB atau 3 GB RAM serta Memori sebesar 16 GB dan 32 GB. Lebih menarik lagi peranti ini tersedia dipasang dengan Android 6.0 Marshmallow. Ciri-ciri utama Flash Plus 2 seperti di bawah.

  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan pilihan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Mediatek Helio P10 MT6755M
  • Memori Dalaman 16/32 GB serta 2/3 GB RAM
  • Kamera Utama 13 Megapixel, Realtone Flash, F2.0, PDAF Auto-focus
  • Kamera Selfie 5 Megapixel, F2.2, LED Flash
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth
  • Dilengkapi Dengan Pengimbas Cap Jari
  • Bateri 3000 mAh
  • Hadir Dengan Platform Android 6.0 (Marshmallow)
  • Warna Perak Dan Emas

Harga Flash Plus 2

Mengenai harganya, Alcatel turut mengumumkan harga rasmi untuk pasaran global. Harga Flash Plus 2 akan dijual pada harga USD160 untuk model 16 GB dan USD190 untuk model 32GB.

Baca : Harga Alcatel Terkini di Malaysia

Di Malaysia pula, peranti ini akan mula memasuki pasaran tempatan pada 24 May ini. Harganya masih lagi belum diumumkan namun kami menjangkakan Flash Plus 2 akan dijual sekitar RM699 untuk model 16 GB dan RM799 untuk model 32 GB.