WhatsApp Untuk Desktop Windows Dan MacOS

Muat Turun Aplikasi Khas WhatsApp Untuk Desktop Windows 8 Keatas Dan Mac OS X 10.9 Keatas.

Sejak kebelakngan ini, pelbagai kemaskini terbaru hadir untuk aplikasi pemesejan online popular, Whatsapp. Dari sokongan gaya tulisan bold, italic hinggalah kepada penggunaan WhatsApp melalaui laman web. Pada masa akan datang pula, WhatsApp dikatakan hadir dengan fungsi panggilan video.

Terbaru, WhatsApp yang kini telah dimiliki oleh Facebook telah melancarkan aplikasi khas untuk pengguna Desktop termasuk Windows 8 dan keatas serta pengguna Mac OS X 10.9 dan keatas. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui link di bawah.

Dowload : Aplikasi WhatsApp untuk Windows Dan Mac OS

Setelah dicuba, Aplikasi ini hampir menyerupai apa yang WhatsApp Web tawarkan. Cuma, anda tidak perlukan lagi membuka website untuk akses WhatsApp di Desktop. Selain itu, aplikasi ini turut menyokong sistem notifikasi yang lebih baik berbanding aplikasi web.

WhatsApp Untuk Desktop Windows Dan MacOS

Seperti biasa, untuk sambungan Smartphone ke Desktop anda perlu mengimbas kod QR pada aplikasi tersebut. Kemudian, segala mesej dan kenalan anda akan terus disambung secara automatik.