[AdsFB]
Apple WWDC 2016 Bakal Hadir Dengan Kemaskini Produk Apple Terbaru Termasuk iPhone 7, MacBook Pro, Apple Watch Dan juga Kemaskini iOS 10.
[AdsLink]Seperti biasa, Apple akan mengadakan acara tahunan Apple World Wide Developers Conference atau singkatannya Apple WWDC 2016 bagi mengumumkan produk-produk terbaru keluarannya. Bagi tahun ini ia akan berlangsung pada 13 June ini yang boleh ditonton secara lansung di laman rasmi Apple.
Jadi, apakah perkara baru yang akan diperkenalakan pada Apple WWDC kali ini?. Apple dijangka akan membawakan kemaskini terbaru kepada beberapa produk mereka antaranya termasuk MacBook Pro yang baru, barisan smartphone Apple iPhone 7, Apple Watch dan sebaginya. Apple juga dijangka akan mengumumkan kemaskini iOS 10 untuk peranti mudah alih mereka.
Sedikit info mengenai Apple iPhone 7, ia dijangka hadir dengan dua versi iaitu model iPhone 7 Plus dan model iPhone 7 dengan skrin yang lebih kecil seperti sebelum ini. Spesifikasinya tidah banyak didedahkan, namun ia dikatakan hadir dengan fungsi Dual-Kamera dan memori minimum 32 GB. Tiada lagi model dengan 16 GB untuk model terbaru ini.
Bagi yang ingin menonton Apple WWDC 2016 secara lansung, layari laman rasmi Apple WWDC pada 14 June ini jam 1.00 AM waktu Malaysia.
Sumber : Apple WWDC