HTC Desire 628

Dilengkapi Dengan Skrin Sebesar 5.0 Inci, 13 MP Kamera, 32 GB Memori Dan 3 GB RAM. Harga HTC Desire 628 Di Malaysia RM799.

Selain Samsung yang memperkenalkan 3 model smartphone-nya, HTC Malaysia turut tidak melepaskan peluang bagi memperkenalkan model terbaru mereka untuk pasaran Malaysia. Model tersebut ialah HTC Desire 628 yang akan dijual pada harga RM799.

Dibawah harga RM800, HTC Desire 628 boleh dijadikan salah satu pilihan terbaik untuk dibeli smpena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Rekaannya juga agak bergaya walaupun diperbuat dari bahan berasaskan poly-carbonate. Untuk peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Sunset Blue dan Cobalt White. Di bahagian hadapan, HTC Desire 628 hadir dengan paparan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 720P. Malangnya tiada pengimbas cap jari untuk model mampu milik ini.

Di bahagian dalamnya, HTC Desire 628 hadir dengan spesifikasi yang agak baik. Ia hadir dengan 32 GB memori dalaman serta 3 GB RAM yang cukup baik untuk fungsi Multitasking yang lancar. Peranti ini juga hadir dengan CPU Octa-Core 1.3 Ghz serta kapasiti bateri Li-Ion 2200 mAh. Namun untuk peranti ini masih lagi menggunakan Android 5.1 Lollipop. Mungkin HTC akan bawakan kemaskini MarshMallow pada masa akan datang.

HTC Desire 628 HTC Desire 628 HTC Desire 628
HTC Desire 628, Klik Untuk Besarkan

Untuk kameranya, ianya menawarkan 13 Megapixel kamera utama yang dimuatkan bersama LED Flash, HDR serta rakaman video 1080P. Untuk selfie, anda boleh menggunakan 5 Megapixel kamera yang terdapat di bahagian hadapannya.

HTC Desire 628 bukan sahaja merupakan model mampu milik dari HTC, ia turut menawarkan beberapa ciri-ciri premium yang terdapat pada model perdana HTC. Antaranya ialah BoomSound bagi menikmati kualiti muzik yang lebih baik pada smartphone ini. Ia juga menyertai antaramuka HTC Sense versi ke-7 dengan antaramuka yang kemas dan cantik. Spesifikasi sepenuhnya serta kelebihan dan kekurangannya seperti di bawah.

Spesifikasi HTC Desire 628
Platform Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses Octa-Core 1.3 GHz
Memori
  • 32 GB Memori Dalaman, 3 GB RAM
  • Sokongan microSD sehingga 256GB
Paparan 5.0 inches, 720 x 1280 pixels (HD)
Kamera Utama 13 Megapixel, LED Flash, HDR
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 2200 mAh
  • Warna Sunset Blue, Cobalt White
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual SIM
Harga HTC Desire 628 Di Malaysia RM799
Kelebihan
  • Sokongan Dual SIM dengan sambungan 4G LTE untuk data internet yang pantas.
  • Sokongan slot microSD sehingga 256GB beri lebih memori untuk smartphone.
  • Ruang Memori yang besar serta RAM yang mengcukupi untuk fungsi Multitasking yang lebih lancar.
  • Dilengkapi dengan fungsi BoomSound untuk kualiti bunyi yang lebih baik.
  • Harganya mampu milik dibawah harga RM800.
Kekurangan
  • Kapasiti bateri yang agak kecil dan tidak boleh ditukar.
  • Tiada sokongan NFC dan infraRED.
  • Tiada Pengimbas Cap Jari.
  • Resolusi skrin sepatutnya menggunakan resolusi HD Penuh untuk smartphone sekitar RM800 untuk skrin yang lebih jelas dan terperinci.
  • Masih menggunakan Android 5.1 Lollipop.
Dapatkan HTC Desire 628 Melalui Lazada Malaysia  Beli Sekarang

Harga HTC Desire 628 Di Malaysia

Di Malaysia, HTC Desire 628 telah pun berada di pasaran tempatan. Lazada Malaysia juga telah mula menawarkan peranti ini di laman mereka. Harga HTC Desire 628 di Malaysia boleh dibeli dengan harga sekitar RM799 di kedai-kedai rasmi HTC seluruh negara dan di Lazada Malaysia.