Lenovo Phab 2 Pro, Smartphone Pertama Dengan Teknologi Tango Diperkenalkan. Hadir Dengan Snapdragon 652, 4 GB RAM, 64 GB Memori Dan 16 MP Kamera.

Sebelum ini Lenovo dan Google telah mengumumkan kerjasama bagi membawakan teknologi pemetaan 3D pada smartphone dibawah satu projek yang dinamakan sebagai Projek Tango. Dengan teknologi ini anda boleh membawa objek virtual dan model-model 3D di sekeliling anda.

Hasil kerjasama ini, Lenovo telah memperkenalkan smartphone Tango pertama yang dinamakan sebagai Lenovo Phab 2 Pro. Seperti namanya, ia merupakan phablet premium bersaiz 6.4 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Rekaannya juga begitu elegan dengan kerangka logam yang hadir dalam dua pilihan warna emas dan perak.

Di bahagian dalamnya, peranti ini hadir dengan CPU 8-teras Snapdragon 652, 4 GB RAM serta ruangan memori 64 GB. Ciri-ciri utama lain termasuk pengimbas cap jari, Speaker Dolby Atmos, bateri Li-ion 4050 mAh serta tersedia dipasang dengan Android 6.0 Marshmallows.

Lenovo Phab 2 Pro, Klik Untuk Besarkan

Untuk kamera, Lenovo Phab 2 Pro hadir dengan 4 lensa. 8 Megapixel kamera selfie dibahagian hadapan serta 16 Megapixel kamera utama yang hadir dengan sensor kedalaman dan penjejak gerakan untuk kegunaan aplikasi Tango. Kameranya juga berkemampuan membuat rakaman 4K.

Hasil daripada Projek Tango, Lenovo Phab 2 Pro membawakan beberapa fungsi khas termasuk memahami persekitaran. Ia mampu menjejak objek dan juga memaparkan kesan khas pada persekitaran. Ia juga mampu menunjuk arah di dalam bagunan serta menyediakan maklumat objek-objek di sekitarnya. Lenovo juga menjanjikan lebih banyak aplikasi aplikasi khas Tango akan hadir untuk peranti ini.

Lenovo Phab 2 Pro, Smartphone Pertama Dengan Tango

Untuk harganya pula, Lenovo Phab2 Pro akan dijual dengan harga USD499 yang boleh didapati seawal bualan Ogos ini di atas talian serta di kedai-kedai rasmi Lenovo pada bulan September. Di Malaysia, masih belum ada berita mengenai tarikh pelancaran phablet ini di pasaran tempatan. Untuk harga Lenovo Phab2 Pro di Malaysia, ia dijangka akan dijual sekitar RM2099.