Lenovo Mengumumkan Dua Model Perdana Moto Z dan Moto Z Force. Hadir Dengan Aksesori Modular, Cip Snapdragon 820, 21 MP Kamera, 5.5 Inci Display.

Hari ini Lenovo telah memperkenalkan model terbaru dibawah jenama Motorola Moto. Bukan satu tetapi dua model perdana yang telah diperkenalkan iaitu Motorola Moto Z dan juga Motorola Moto Z Force.

Kedua duanya memiliki rekaan dan spesifikasi yang hampir sama. Cuma untuk Moto Z Force hadir dengan kamera 21 MP yang lebih baik serta kapasiti bateri 3500 mAh yang lebih besar. Manakala model Moto Z yang biasa hadir dengan rekaan yang lebih nipis iaitu sekitar 5.2mm inci.

Di bahagian hadapan, kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi tinggi 1440×2560 pixel (Quad HD) untuk paparan yang lebih jelas dan terperinci. Selain itu, keduaduanya turut hadir dengan CPU terkini dari Qualcomm iaitu Snapdragon 820 dengan keupayaan CPU 4-Teras 2.2 Ghz. Ianya turut membawakan 4 GB RAM yang turut hadir bersama pilihan 32 atau 64 GB memori dalaman. Peranti ini juga menyokong slot MicroSD sehingga 256GB.

Bagi sistem pengambaran pula, Motorola Moto Z hadir dengan 13 Megapixel kamera utama beserta bukaan kanta Aperture F1.8 yang cukup baik untuk sebuah lensa smartphone. Ianya turut menyokong rakaman video 4K, Laser Autofokus dan memiliki Dual-LED Flash. Kelebihan untuk model Moto Z Force dimana ianya hadir dengan kamera dengan resolusi yang lebih besar iaitu 21 MP kamera serta sokongan penstabilan imej, OIS.

Salah satu keunikan model baru Moto Z ini adalah hadir dengan MotoMods. Ianya merupakan aksesori modular yang boleh dipasang dengan mudah menggunakan lekatan magnet pada bahagian belakang peranti tersebut. Terdapat 3 aksesori modular buat masa ini yang boleh digunakan termasuk speaker JBL, projektor dengan kebolehan pancaran pada dinding pada saiz 70-Inci dan juga bateri tambahan. Dan sudah tentunya penutup belakang Moto Z boleh diubah dan direka bentuk mengikut citra rasa sendiri seperti kebanyakan model Motorola sebelum ini.

Baca : Spesifikasi Penuh Motorola Moto Z dan Motorola Moto Z Force

Di USA, Moto Z dan Moto Z Force boleh didapati bermula Julai ini melalui rangkaian Verizon manakala versi antarabangsa pula akan hadir sekitar bulan September ini. Untuk pasaran Malaysia masih lagi tidak diketahui. Untuk harganya pula, Lenovo masih lagi belum didedahkan. Namun mereka mendakwa ianya lebih murah berbanding model perdana dari Samsung dan yang lainnya.