Sony Xperia E5

Sony Memperkenalkan Smartphone Mampu Milik, Sony Xperia E5. Hadir Dengan Skrin 5.0 Inci, Kamera 13 MP, Bateri Mampu Tahan Sehingga 2 Hari.

Sebelum ini Sony telah melancarkan beberapa model smartphone dari siri Xperia X. Dijangka Sony akan menggugurkan model-model Xperia yang lain bagi mengfokuskan hanya pada siri Xperia X. Namun tidak untuk model ini, terbaru Sony telah memperkenalkan peranti mampu milik Sony Xperia E5.

Tidak seperti model Sony Xperia E4 sebelum ini, model baru ini hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang lebih baik. Ia merupakan peranti dengan skrin sebesar 5.0 inci serta hadir dengan redolusi HD720P. Untuk model ini ia hanya hadir dalam pilihan warna hitam dan putih.

Spesifikasi Sony Xperia E5

Didalamnya, Sony Xperia E5 membawakan spesifikasi yang jauh lebih baik dari model terdahulu, Ia dipadukan dengan pemproses Mediatek MTK6735 dengan kemampuan 1.5 GB RAM dan ruang memori sebesar 16 GB. Kapasiti baterinya tidaklah begitu besar, namun Sony mendakwa peranti ini nampu bertahan sehingga 2 hari penggunaan dengan sekali pengecasan sahaja.

Gambar Sony Xperia E5, Klik Untuk Besarkan

Untuk fotografi, Sony Xperia E5 hadir dengan kamera 13 Megapixel lengkap dengan fungsi LED Flash, Autofokus, HDR serta 3X Clear Image Zoom. Di bahagian hadapan pula, telefon pintar ini membawakan 5 Megapixel untuk Selfie dan panggilan video. Untuk ciri-ciri utama lain yang terdapat pada Sony Xperia E5 seperti di bawah :-

  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Mediatek MT6735 Quad-Core 1.3 GHz
  • Memori Dalaman 16 GB serta 1.5 GB RAM
  • Kamera Utama 13 MP, Autofokus, LED flash, HDR
  • Kamera Selfie 5 MP
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Dual-SIM
  • Bateri 2700 mAh
  • Platform Android 6.0 (Marshmallow)
  • Warna Graphite Black, White
  • Harga Bermula USD220 (RM900)

Harga Sony Xperia E5

Sony Xperia E5 akan hadir untuk pasaran Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika. Buat masa ini tiada berita mengenai peranti ini untuk pasaran Malaysia. Bagi harga Sony Xperia E5 pula, ia akan dijual sekitar USD220 atau bersamaaan RM900 di Malaysia.