Nexus M1 Marlin dan Nexus S1 Sailfish

Dua Peranti Nexus Akan Hadir Tahun Ini Iaitu Nexus M1 Marlin dan Nexus S1 Sailfish. Bakal Hadir Dengan Snapdragon 820, 4GB RAM Dan Android 7.0 Nougat

Google dikatakan akan melancarkan dua peranti Nexus pada tahun ini yang akan menggantikan model Huawei Nexus 6P dan juga LG Nexus 5X. Pada tahun ini dikatakan giliran HTC dipilih untuk menghasilkan kedua-dua smartphone Nexus tersebut.

Beberapa gambar juga telah tertiris di internet yang menunjukan peranti Nexus dengan nama model Nexus M1 Marlin dan juga Nexus S1 Sailfish. Kedua-dua model ini sudah tentunya akan dilengkapi dengan platform Android versi terbaru 7.0 Nougat. 

Seperti dua model Nexus yang dilancarkan pada tahun lepas, Nexus S1 dan M1 akan hadir dengan spesifikasi yang berbeza. Google Nexus M1 Marlin dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels. Ianya juga akan dipadankan dengan cipset snapdragon 820, 4 GB RAM serta gabungan kamera 12MP dan 8MP untuk kamera utama dan kamera selfie.

Bagi Google Nexus S1 Sailfish pula membawakan prestasi yang hampir sama. Namun ia hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu sekitar 5.2 inci dengan resolusi HD1080P serta kapasiti bateri yang lebih rendah.

Untuk pelancaran kedua-dua model ini masih lagi belum diketahui namun ia dijangka akan diperkenalkan bersama Android 7.0 Nougat kelak.