Samsung Galaxy Note7 Dilancarkan, Phablet 5.7 Inci Yang Hadir Dengan Pengmbas Iris, 12 Megapixel OIS Kamera. Harga Di Malaysia RM3199 Dan Jualan Bermula 19 Ogos 2016.

Seperti yang dijanjikan akhirnya Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Note7 pada jam 11 malam semalam waktu Malaysia yang telah diadakan di New York. Untuk maklumat anda, Samsung telah melangkau terus ke Samsung Galaxy Note7 dan meninggalkan Galaxy Note6 bagi menyeragamkan penggunaan nama siri pada model Flagship Samsung termasuk Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang diperkenalkan pada tahun ini.

Dari segi rekaannya, Samsung Galaxy Note7 diinspirasi dari Galaxy S7 Edge dengan skrin lengkung di kedua-dua bahagian serta rekaan yang hampir sama. Untuk model ini terdapat empat pilihan warna termasuk Blue Coral, Gold Platinum, Silver Titanium dan Black Onyx. Untuk rekaannya juga, Samsung telah menambah ciri-ciri kalis air dengan pengiktirafan IP68 yang tidak terdapat pada Galaxy Note sebrlum ini.

S Pen juga telah mendapat nafas baru dengan rekaan mata yang lebih kecil iaitu sekitar 0.7mm bagi memberi pengalaman yang sama menggunakan pen yang sebenar. S Pen pada Samsung Galaxy Note7 lebih lancar digunakan dan jitu dengan meningkatkan aras pressure sensor berbanding S Pen sebelum ini. S Pen yang baru ini juga memiliki ciri-ciri kalis air yang turut hadir dengan empat pilihan warna yang sama dengan Galaxy Note7.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note7

Samsung Galaxy Note7, Klik Untuk Besarkan

Untuk spesifikasi Samsung Galaxy Note7 tidak dapat disangkalkan lagi kehebatannya. Didalamnya padat dengan pelbagai fungsi-fungsi berguna dengan prestasi yang telah ditingkatkan. Phablet ini masih lagi mengekalkan skrin Super AMOLED 5.7 inci dengan resolusi 1440P sepertimana digunakan pada Samsung Galaxy Note5. Seperti juga Galaxy S7, Peranti ini membawakan dua pilihan pemproses iaitu Snapdragon 820 untuk pasaran USA serta cip Exynos 8890 untuk pasaran yang lain termasuk Malaysia. Di bahagian dalamnya juga turut disediakan dengan 64GB memori dalaman, 4 GB RAM serta sokongan slot mictoSD yang boleh dimuatkan sehingga 256GB.

Baca : Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Note7

Bagi Sistem kamera pula, Galaxy Note7 menggunakan sensor kamera yang sama dengan Galaxy S7 untuk dibahagian belakang dan juga depan. Ia hadir dengan 12 Megapixel kamera beserta F1.7 Aperture, PDAF, OIS, serta kebolehan rakaman video 4K. Untuk di bahagian hadapan pula, peranti ini dimuatkan dengan lensa 5 Megapixel dengan Aperture F1.7 untuk selfie dan juga panggilan video.

Pilihan Warna Selain Hitam
Video Pengenalan Kepada Samsung Galaxy Note7

Selain memiliki ciri-ciri keselamatan yang mantap seperti pengimbas iris dan pengimbas cap jari, Samsung Galaxy Note7 turut hadir dengan ciri-ciri penjagaan kesihatan seperti pengesan nadi dan sebagainya. Anda boleh melihat spesifikasi lanjut Samsung Galaxy Note7 seperti dibawah serta perbandingan bersama model terdahulu Samsung Galaxy Note5.

Samsung Galaxy Note7 Samsung Galaxy Note5
Platform Android 6.0.1 (Marshmallow) Android 5.1.1 (Lollipop)
Pemproses Exynos 8890 Exynos 7420
CPU Quad-Core 2.3 GHz + Quad-Core 1.6 GHz Quad-Core 1.5 GHz + Quad-Core 2.1 GHz
Paparan 5.7 Inci, 1440 x 2560 pixels 5.7 Inci, 1440 x 2560 pixels
Memori 4 GB RAM, 64 GB Internal, microSD 4 GB RAM, 32/64/128 GB Internal, microSD
Kamera
  • 12 Megapixel F1.7 (Kamera Utama)
  • 5 Megapixel F1.7 (Kamera Selfie)
  • PDAF, OIS, 4K Recorder, HDR
  • 16 Megapixel F1.9 (Kamera Utama)
  • 5 Megapixel F1.9 (Kamera Selfie)
  • OIS, 4K Recorder, HDR
Rangkaian 4G LTE 4G LTE
Bateri Li-Po 3500 mAh Li-Po 3000 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Blue Coral, Gold Platinum, Silver Titanium, Black Onyx
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • USB Type-C Connector
  • Pengimbas Iris dan Cap Jari
  • Kalis Air (Pengiktirafan IP68)
  • Black Sapphire, Gold Platinum, Silver Titan, White Pearl
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
Harga Di Malaysia RM3199 (64GB) RM2399 (32GB), RM2699 (64GB)

Harga Samsung Galaxy Note7 Di Malaysia

Berita baik untuk pengguna Malaysia yang merupakan antara negara terawal menerima Samsung Galaxy Note7 untuk pasaran tempatan. Harga Samsung Galaxy Note7 di Malaysia adalah RM3199 yang akan mula dijual pada 19 Ogos ini. Pra tempahan juga boleh dibuat antara 8 Ogos sehingga 10 Ogos dengan 4000 unit yang bakal ditawarkan kepada pembeli yang terawal.