HTC Desire 10 Pro

Dua Model Pertenghan HTC Desire 10 Pro Dan Desire 10 Lifestyle Akan Diumumkan Penghujung Bulan September Ini.

Selain Apple iPhone 7 yang akan dilancarkan September ini, Dua model dari HTC ini juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan tersebut. Ianya adalah HTC Desire Pro Dan HTC Desire Lifestyle yang akan diumumkan untuk pasaran pertengahan.

Untuk spesifikasinya, HTC Desire 10 Lifestyle dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci pada resolusi HD 720P. Di bahagian dalamnya sudah tentunya dimuatkan oleh cip Snapdragon, 3 GB RAM serta 32 GB memori terbina. Untuk kamera, HTC Desire 10 Lifestyle menawarkan kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera selfie. Tambahan pula, Desire 10 Lifestyle turut hadir dengan fungsi Boomsound edisi HiFi yang tersedia dengan Earphone yang berkualiti.

Bagi rekaannya pula, peranti ini akan hadir dengan beberapa pilihan warna dengan jalur logam emas di bahagian sisi dan butang sisi. Ia juga tersedia dengan platform Android 6.0 MarshMallow dengan antaramuka HTC Sense.

Bagi HTC Desire 10 Pro pula masih lagitidak diketahui spedifikasi yang bakal hadir. Namun sufah trntu ia hadir dengan spesifikasi yang lebih baik.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada penghujung September ini. Namun buat masa ini belum ada maklumat mengenai harganya di dedahkan.

Sumbe : venturebeat.com