LG V10

LG Sahkan Bahawa Mereka Akan Umumkan LG V20 Pada September Ini. LG V20 Merupakan Model Perdana Dengan Skrin Ke-2 Untuk Notifikasi Dan Pautan Pantas.

LG telah mengesahkan bahawa mereka akan mengumumkan model lanjutan kepada LG V10 yang diperkenalkan pada Oktober tahun lalu. Bagi yang belum mengenali LG V10 ia merupakan salah satu model premium dari LG yang memiliki skrin kedua pada bahagian atasnya untuk notifikasi dan juga pautan pantas.

Menurut LG, mereka akan kekalkan skrin kedua pada LG V20 malah ia akan dinaiktaraf untuk kegunaan multimedia yang lebih baik. Lebih menarik lagi, LG mendakwa bahawa LG V20 merupakan perati pertama didunia yang akan dilancarkan bersama platform Android versi 7.0 Nougat. 

Mengenai spesifikasinya, LG masih lagi belum mendedahkan. Model terdahulu LG V10 hadir dengan skrin 5.7 Inci dengan resolusi 2K, Pemproses Snapdragon 808, 4 GB RAM, Kamera 16 MP Dengan OIS serta 5 MP kamera Selfie. Untuk LG V20 pula sudah tentunya akan memiliki spesifikasi yang lebih baik terutamanya pada bahagian kamera dan juga pemproses yang lebih berkuasa.

Memandangkan Samsung Galaxy Note 7 yang akan dilancrkan pada hari ini serta Apple iPhone pada masa terdekat ini, LG V20 akan menjadi saingan utama pada model-model premium tersebut.

Sumber : Droid Life