[AdsLink]Xiaomi sentiasa memberi kejutan terutamanya pada peranti perdananya yang bukan sahaja memiliki spesifikasi yang cukup baik, malah harganya yang jauh lebih murah berbanding pesaingnya. Terbaru mereka memperkenalkan dua model perdana yang dinamakan sebagai Xiaomi Mi 5s dan juga Xiaomi Mi 5s Plus. Kedua-duanya memiliki perbezaan terutamanya pada saiz paparan, sistem kamera, RAM dan juga kapasiti bateri.
Harganya juga jauh lebih rendah berbanding model-model perdana yang lain dimana model Xiaomi Mi 5S boleh didapati serendah RMB1999 (Bersamaan RM1239) manakala model 5S Plus serendah RMB2299 (Bersamaan RM1459) untuk pasaran China. Bagi harga Xiaomi Mi 5S di Malaysia pula dijangka bermula dari RM1549. [AdsPost]
Terdapat beberapa perkara menarik yang dimiliki Xiomi Mi 5S dan 5S Plus. Antaranya seperti memiliki paparan dengan tekanan sensetif sepertimana terdapat pada model Apple iPhone 7 yang lebih dikenali sebagai 3D Touch Display.
Gambar Xiaomi Mi 5S Dan Xiaomi Mi 5S Plus |
---|
Selain itu juga peranti ini menggunakan pengimbas jari Ultrasonik yang lebih pantas berbanding pengimbas jari yang biasa. Pengimbasnya dengan resolusi yang lebih tinggi berkemampuan mengesan cap jari walaupun dalam keadaan jari yang basah, berminyak atau kotor.
Spesifikasi Xiaomi Mi 5S
Selain ciri-ciri yang disebutkan di atas, Xiaomi Mi 5S merupakan smartphone bersaiz 5.15 inci dengan resolusi HD1080p. Di bahagian dalamnya sudah tentunya dikuasai pemproses pantas Qualcomm Snapdragon 821 dengan kemampuan Quad-Core CPU dan cip grafik Adreno 530. Peranti ini juga turut membawakan dua model dengan pilihan memori yang berbeza iaitu 64GB ruang memori yang hadir bersama 3GB RAM serta 128GB yang hadir bersama 4 GB RAM.
Untuk sistem fotografi, Xiaomi Mi 5S hadir dengan lensa 12 Megspixel, F2.0 yang lengkap dengan fungsi PDAF, Dual-LED Flash, rakaman video 4K dan sebagainya. Untuk selfie pula, peranti ini menyediakan kamera 4 Megapixel untuk itu. Spesifikasi Xiaomi Mi 5S selanjutnya seperti dibawah:
- Paparan sebesar 5.15 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
- Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821, Quad-Core CPU, Adreno 530 GPU.
- Memori Dalaman 64GB/3GB RAM dan 128GB/4GB RAM.
- Kamera Utama 12 Megapixel, F2.0, PDAF, Dual-LED, Rakaman 4K.
- Kamera Selfie 4 MP, F2.0.
- Pengimbas Cap Jari, NFC, Wifi, Infrared.
- Platform Android 6.0 (Marshmallow).
- Warna Silver, Gray, Gold, Rose Gold.
- Harga Xiaomi Mi 5S Di Malaysia Dijangka Bermula RM1549.
Spesifikasi Xiaomi Mi 5S Plus
Bagi yang inginkan peranti dengan skrin yang lebih besar, Xiaomi Mi 5S Plus mungkin lebih sesuai untuk anda. Ianya menggunakan skrin bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD1080p. Di bahagian dalamnya, peranti ini mennggunakan cip CPU yang sama dengan model Mi 5S iaitu Snapdragon 821. Bagi ruang memori pula ditingkatkan kepada 64GB dengan 4GB RAM serta 128GB bersama 6GB RAM.
Sedikit kelainan untuk sistem kamera pada Xiaomi Mi 5S Plus dimana ia hadir dengan Dual-kamera dengan sensor 12 Megapixel. Untuk kamera selfie pula juga dilengkapi dengan lensa 4 Megapixel. Ciri-ciri lain seperti dibawah :
- Paparan sebesar 5.7 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
- Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821, Quad-Core CPU, Adreno 530 GPU.
- Memori Dalaman 64GB/4GB RAM dan 128GB/6GB RAM.
- Kamera Utama Dual 12 Megapixel, F2.0, PDAF, Dual-LED, Rakaman 4K.
- Kamera Selfie 4 Megapixel, F2.0.
- Pengimbas Cap Jari, NFC, Wifi, Infrared.
- Platform Android 6.0 (Marshmallow).
- Warna Silver, Gray, Gold, Rose Gold.
- Bateri 3800 mAh.
- Harga Xiaomi Mi 5S Di Malaysia Dijangka Bermula RM1849.
Harga Xiaomi Mi 5S Dan 5S Plus Di Malaysia
Sepeti biasa, Xiaomi akan mulakan pasaran untuk kedua-dua peranti ini di China bermula 29 September ini. Di China, Xiaomi Mi 5S akan dijual pada harga RMB1999 untuk model 64GB/3GB RAM manakala RMB2299 untuk model 128GB/4GB RAM.
Bagi model Xiaomi Mi 5S Plus pula harganya bermula dari RMB2299 untuk model 64GB/4GB RAM dan RMB2599 untuk model 128GB/6GB RAM.
Untuk pasaran Malaysia, harga rasmi serta tarikh pasaran masih lagi belum diketahui. Namun jika dilihat pada harga Xiaomi Mi 5S untuk model 64 GB adalah sama dengan Xiaomi Mi 5 (32GB) yang kini dipasaran tempatan dengan harga RM1549. Berkemungkinan besar Xiaomi Mi 5S memiliki harga yang sama iaitu RM1549 untuk pasaran Malaysia kelak bagi model 64GB. Bagi model Xiaomi Mi 5S Plus pula berkemungkinan bermula dari RM1849 sekiranya berada dipasaran tempatan kelak.