Harga HTC U Ultra Dan U Play Di Malaysia

HTC Malaysia baru sahaja melancarkan dua peranti baru untuk kelas perdana dan pertengahan iaitu HTC U Ultra dan HTC U Play. Kedua-duanya merupakan peranti dibawah Siri U yang baru dan mengfokuskan pasaran kelas atasan dan pertengahan. Harga HTC U Ultra di Malaysia ialah RM2999 manakala model U Play pula dijual dengan harga RM1899.

HTC U Ultra, Peranti Premium Dengan Dual Skrin Pada Harga RM2999

HTC U Ultra merupakan peranti perdana yang unik yang memiliki dual skrin sepertimana terdapat pada LG V10 dan LG V20. Skrin utamanya bersaiz 5.7 inci dengan resolusi Quad-HD. Manakala skrin keduanya yang terletak dibahagian atas bersaiz 2.05 inci beresolusi 1040 x 160 pixels. Seperti juga LG V20, skrin keduanya digunakan untuk memaparkan notifikasi ringkas, waktu dan juga pautan pintas.

Di bahagian dalam, sudah tentu HTC U Ultra hadir dengan cip High-End seperti Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821 yang membawakan CPU 4-Teras dan GPU Adreno 530. Ruangan memorinya juga begitu besar iaitu 64 GB atau 128 GB yang turut hadir dengan 4 GB RAM. Namun di Malaysia, hanya model 64 GB akan dijual dipasaran.

Harga HTC U Ultra Di Malaysia

Bagi yang gemar mengambil gambar, HTC U Ultra dilengkapi dengan 12 Megapixel dengan sensor bersaiz 1/2.3 inci dan bukaan Aperture F1.8. Peranti ini juga hadir dengan sokongan OIS, Laser dan Phase Detection Autofokus serta berkemampuan membuat rakaman video 4K. Kamera hadapan pula, HTC U Ultra dimuatkan dengan lensa selfie 16 Megapixel.  Selain itu, peranti premium ini turut hadir dengan bateri 3000 mAh, USB Type-C 1.0, platform Android 7.0 (Nougat) yang baru serta pengimbas cap jari.

HTC U Ultra, Smartphone Dengan Lensa Selfie 16 Megapixel Pada Harga RM1899

Bagi Model Pertengahan HTC U Play pula, Ia merupakan peranti bersaiz 5.2 inci dengan resolusi HD Penuh. Dibahagian dalamnya dikuasai pemproses Mediatek MT6755 Helio P10 dengan pilihan 32GB / 3GB RAM atau 64GB / 4GB RAM.

Harga HTC U Play Di Malaysia

Untuk fungsi pengambaran, HTC U Play dimuatkan dengan lensa utama 16 Megapixel yang juga terdapat fungsi OIS, PDAF dan Dual-LED Flash. Dibahagian hadapan pula, HTC turut menyediakan lensa yang sama iaitu 16 Megapixel untuk selfie. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada HTC U Play seperti bateri Li-Ion 2500 mAh, USB Type-C, Pengimbas Cap Jari serta sokongan Android 6.0 (Marshmallow).

HTC U Play dan HTC U Ultra boleh didapati dari pengedar-pengedar rasmi HTC bermula March ini. HTC U Play dijual dengan harga RM2999 yang hadir dalam warna Brilliant Black, Cosmetic Pink, dan Sapphire Blue. Bagi HTC U Play pula boleh didapati pada harga RM1899 dengan dua pilihan warna warna Black Oil dan Iceberg White.