Honor V9

Akhirnya Honor V9 kini telah dilancarkan setelah desas-desus mengenai peranti ini telah banyak tersebar di internet sebelum ini. Ia merupakan model pertama dari Honor yang di lengkapi dengan skrin Quad-HD. Buat masa ini, Honor V9 hanya akan dipasarkan untuk pasaran China dengan harga bermula 2599 Yuan atau sekitar RM1699 di Malaysia. Untuk pasaran antarabangsa, peranti ini dijangka akan dipasarkan dengan nama model Honor 8 Pro yang akan diperkenalkan pada MWC2017.

Selain menawarkan spesifikasi kelas atasan, Honor V9 juga memiliki kelebihan pada sistem kameranya dengan menggunakan dual kamera di bahagian belakangnya. Rekaannya juga begitu kemas dengan kerangka logam yang boleh didapati dalam empat pilihan warna termasuk hitam, emas, merah dan biru.

Di bahagian hadapannya, Honor V9 di lengkapi dengan paparan sebesar 5.7 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixel. Di bahagian dalamnya pula dikuasai oleh pemproses HiSilicon Kirin 960 iaitu pemproses yang sama terdapat pada peranti Huawei Mate 9. Turut menawarkan ialah pilihan 4 atau 6 GB RAM serta pilihan 64 atau 128 GB memori terbina. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini.

Honor V9

Seperti yang telah diberitahu, Honor V9 hadir dengan Dual-Kamera 12 Megapixel dibahagian belakang dengan Aperture F2.2, Dual-LED Flash, sokongan PDAF serta kebolehan merakam video 4K. Menurut Honor, peranti mereka ini merupakan yang pertama menyokong 3D modeling. Ia menggunakan Dual-kamera beserta laser autofokus untuk mengambil gambar 3D seterusnya boleh dicetak menggunakan pencetak 3D.

Honor V9 juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh, USB Type-C, pengimbas cap jari, dan juga sokongan Dual-SIM dengan sambungan LTE. Di China Honor V9 dijual dengan harga 2599 Yuan (RM1699) untuk model 4GB RAM / 64GB ROM, 2999 Yuan (RM1999) untuk model 6GB RAM / 64GB ROM dan 3499 Yuan (RM2299) untuk model 6GB RAM / 128GB ROM. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini dijangka dibawa masuk dengan nama model Honor 8 Pro.