Harga ZTE Blade V8 Mini Dan V8 Lite Malaysia

ZTE baru sahaja mengumumkan dua model baru untuk keluarga Blade V8 untuk pasaran smartphone pertenghan. Model tersebut ialah ZTE Blade V8 Mini dan juga ZTE Blade V8 Lite.

Kedua-duanya memiliki rekaan yang hampir sama dan juga saiz paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720P. Namun dibahagian dalamnya kedua-dua peranti tersebut hadir dengan spesifikasi yang berbeza.

Spesifikasi ZTE Blade V8 Mini Dan V8 Lite

ZTE Blade V8 Mini mengfokuskan kepada peranti mampu milik dengan sistem kamera yang cemerlang. Kamera utamanya menggunakan Dual Kamera dengan gabungan sensor 13 MP dan 2 MP yang digunakan untuk mengukur jarak kedalaman. Hasilnya sudah tentu gambar bokeh yang menarik hasil padanan Aperture antara F1.0 hingga F8.0. Untuk Selfie, peranti ini menyediakan 5 Megapixel kamera untuk itu.

Harga ZTE Blade V8 Mini Dan V8 Lite Malaysia

V8 Mini juga dikuasai oleh pemproses Snapdragon 435 dengan CPU Octa-Core dan Adreno 505 GPU. Di dalamnya juga tersedia dengan 2GB RAM serta 16GB memori terbina. Slot microSD juga tersedia untuk peranti ini.

Peranti ini juga menggunakan bateri 2800mAh dengan platform Android Nougat yang tersedia dipasang. Pengimbas cap jari juga ada dipasang di bahagian belakang peranti ini.

ZTE Blade V8 Lite pula akan menyertai pasaran smartphone mampu milik. Peranti yang tersedia dengan platform Android 7.0 Nougat ini hadir dengan CPU Mediatek MT6750, 16GB ROM, 2 GB RAM, 8 Megapixel kamera utama serta 5 Megapixel kamera selfie. Smartphone ini bawakan bateri berkapasiti 2500mAh, pengimbas cap jari, sokongan Dual-SIM dan juga FM Radio.

Harga ZTE Blade V8 Mini Dan V8 Lite Di Malaysia

ZTE Blade V8 Mini boleh didapati di pasaran Eropah dan juga Asia Pacifik. Malaysia juga mungkin tergolong antara negara yang akan menerima V8 Mini. Namun buat masa ini masih belum mengetahui mengenai harga ZTE Blade V8 Mini di Malaysia dan juga tarikh jualannya.

Bagi model Blade V8 Lite pula boleh didapati untuk pasaran Itali, Germany dan juga Spain. Harganya juga masih lagi belum didedahkan.