Kemaskini Update MiUi 9

Selain mengumumkan peranti pertengahan Xiaomi Mi 5X semalam, Xiaomi turut mengumumkan kemaskini ROM MiUi terbaru untuk peranti keluaran mereka iaitu MiUi 9 yang berasaskan Android 7.0 Nougat. Untuk kemaskini kali ini, Xiaomi mengfokuskan beberapa ciri menarik termasuk Virtual Smart Assistant, Image Search serta App Launcher yang lebih pintar.

Melalui fungsi Image Search, carian gambar kini lebih mudah yang boleh dikelaskan bedasarkan orang, lokasi, ungkapan, peristiwa, dokumen, dan tangkapan skrin. MiUi juga kini memiliki Smart Assistant yang tersendiri membolehkan ia mencari segalanya dalam bentuk text hinggalah ke gambar. Namun buat masa ini MiUi 9 hanya boleh didapati di China sahaja dan sesetengah fungsi mungkin tidak terdapat untuk versi Global.

Xiaomi seolah-olah mengubah suai sepenuhnya antaramuka asal Android Nougat untuk kelihatan lebih kemas, menarik dan mudah digunakan. MIUI versi baru ini juga membawa fungsi multitasking yang lebih efektif melalui fungsi split-screen.

Xiaomi MiUi 9

Untuk kemaskini MiUi 9, Xiaomi telah menyenaraikan dalam 14 peranti sedia ada yang akan menerima kemaskini atau Update MiUi 9 pada masa  akan datang. Antara peranti yang terlibat termasuk Xiaomi Mi 6, Mi 5X, Redmi Note 4X, Redmi 4X, Mi Mix, Mi 5, Mi 5s, Mi 5s Plus, Mi 5c, Mi Max, Mi Max 2, Mi 4s, Mi 4c dan Mi Note Pro.

Xiaomi dijangka akan mengeluarkan versi Beta pada bulan hadapan untuk beberapa model terpilih dan versi akhir dijangka akan diperkenalkan pada bulan September ini.