Seperti yang dijanjikan Asus baru sahaja memperkenalkan siri Asus Zenfone 4 yang akan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Smartphone yang diperkenalkan bukan satu tetapi enam model serentak yang merangkumi Asus Zenfone 4, Zenfone 4 Selfie dan Zenfone 4 Max. Ketiga-tiga model ini memiliki variasi Standard dan juga Pro dengan spesifikasi dan harga yang berbeza.

Seperti Zenfone 3 yang diperkenalkan pada tahun lalu, setiap model memiliki kelebihan serta tujuan yang berbeza. Asus Zenfone 4 Selfie akan fokuskan pada sistem kamera selfie dengan dual lensa dibahagian hadapan. Asus Zenfone 4 Max pula memiliki kapasiti bateri yang cukup besar iaitu sehingga 5000 mAh manakala Asus Zenfone 4 pula adalah model flagship yang berkuasa.

Menurut Asus, kesemua model yang dilancarkan akan menerima kemaskini antaramuka ZenUI terkini versi 4.0 yang berasaskan Android O. ZenUI 4.0 juga akan hadir untuk siri Asus Zenfone 3 tidak lama lagi. Kesemua model Zenfone 4 juga memiliki kamera dengan aturan Dual-Lensa sama ada di bahagian belakang mahu pun di hadapannya. Untuk perincian spesifikasi untuk setiap model seperti di bawah.

Asus Zenfone 4 Dan Asus Zenfone 4 Pro

Asus Zenfone 4 Pro merupakan model perdana dengan cip berkuasa Snapdragon 835, 6GB RAM, 64GB memori dalaman, Serta kapasiti bateri sebesar 3609 mAh. Peranti ini juga membawakan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD-Penuh 1080p.

Gambar Asus Zenfone 4 Dan Asus Zenfone 4 Pro

Asus Zenfone 4 pula fokuskan untuk pasaran pertengahan dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia hadir dengan cip Snapdragon 630, 6 GB RAM, 32 GB memori terbina serta bateri 3300 mAh. Skrinnya juga hadir dengan 5.5 inci dengan resolusi yang sama. Untuk kamera kedua-dua model ini menerima sentuhan dual kamera di bahagian belakangnya. Model Zenfone 4 Pro hadir dengan sensor yang lebih baik dengan penstabilan imej OIS, 2X Optical Zoom dan juga Aperture F1.7.

Asus Zenfone 4 Asus Zenfone 4 Pro
Platform Android 7.0 (Nougat) Android 7.1.1 (Nougat)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 630 Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
CPU Octa-Core CPU Octa-Core CPU
Paparan
  • Skrin AMOLED 5.5 Inci
  • Resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Skrin AMOLED 5.5 Inci
  • Resolusi 1080 x 1920 pixels
Memori
  • 64GB dan 4GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
  • 64 / 128 GB dan 6GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
Kamera
  • Dual 12MP + 8MP
  • 8MP (Selfie)
  • 4K Recorder
  • Dual 12MP (F1.7, OIS) + 16MP
  • 8 Megapixel, F1.9 (Selfie)
  • 4K Recorder, 2x Optical Zoom
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Ion 3300 mAh Li-Ion battery 3600mAh
Ciri-Ciri
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
  • USB Type-C 1.0
  • Warna Moonlight white, Pure Black
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
  • USB Type-C 1.0
Harga Di Malaysia USD399 (Jangkaan Sekitar RM1699) USD599 (Jangkaan Sekitar RM2599)

Asus Zenfone 4 Selfie Dan Asus Zenfone 4 Selfie Pro

Seperti namanya, Asus Zenfone 4 Selfie lebih mengfokuskan kepada fotografi melalui kamera hadapan. Asus Zenfone 4 Selfie hadir dengan lensa hadapan 20 Megapixel manakan model Zenfone 4 Selfie Pro hadir dengan kamera 24 Megapixel. Kedua-duanya membawakan 16 Megapixel kamera di bahagian belakang.

Gambar Asus Zenfone 4 Selfie Dan Asus Zenfone 4 Selfie Pro

Kedua-dua peranti ini hadir dengan 64GB memori terbina, 4GB RAM dan 3000mAh bateri. Untuk CPU-nya, model standarad menggunakan cip Snapdragon 430 manakala model Pro hadir dengan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 625. Untuk paparan, model Pro hadir dengan Skrin AMOLED 5.5-Inci dengan resolusi Full-HD manakala model ZenFone 4 Selfie hadir dengan skrin IPS 5.5-inci dengan resolusi HD 720p.

Asus Zenfone 4 Selfie Asus Zenfone 4 Selfie Pro
Platform Android 7.0 (Nougat) Android 7.0 (Nougat)
Pemproses Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430 Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625
CPU Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53 Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
Paparan
  • Skrin IPS 5.5 Inci
  • Resolusi 720 x 1280 pixels
  • Skrin AMOLED 5.5 Inci
  • Resolusi 1080 x 1920 pixels
Memori
  • 64GB dengan 4GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
  • 64GB dengan 4GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
Kamera
  • 16 Megapixel (Utama)
  • Dual 20MP + 8 MP (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
  • 16 Megapixel (Utama)
  • Dual 24MP + 5 MP (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Ion 3000 mAh Li-Ion 3000 mAh
Ciri-Ciri
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
  • Bluetooth, Wi-F
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
Harga Di Malaysia RM1299 RM1799

Asus Zenfone 4 Max Dan Asus Zenfone 4 Max Pro

Asus Zenfone 4 Max dan Max Pro mengfokuskan kepada peranti dengan jangka hayat bateri yang lebih lama dengan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh. Seperti juga model Zenfone Max sebelum ini, kedua-dua peranti ini boleh di jadikan sebagai bank kuasa untuk mengecas smartphone yang lain.

Gambar Asus Zenfone 4 Max Dan Asus Zenfone 4 Max Pro

Untuk spesifikasinya, Kedua-dua model ini hadir dengan reka bentuk serta spesifikasi yang hampir sama termasuk kapasiti bateri, saiz paparan dan juga cip pemproses yang digunakan. Bezanya ialah pada pilihan memori dan RAM serta kameranya dimana model Zenfone 4 Max dimuatkan dengan Dual kamera 13 MP dibahagian belakang dan 8 Megapixel kamera selfie. Untuk versi Pro pula hadir dengan lensa utama 16 Megapixel dengan aturan dual-sensor dan 16 Megapixel kamera untuk selfie.

Asus Zenfone 4 Max Asus Zenfone 4 Max Pro
Platform Android 7.0 (Nougat) Android 7.0 (Nougat)
Pemproses
  • Qualcomm Snapdragon 430
  • Qualcomm Snapdragon 425
  • Qualcomm Snapdragon 430
  • Qualcomm Snapdragon 425
CPU
  • Octa-Core CPU
  • Quad-Core CPU
  • Octa-Core CPU
  • Quad-Core CPU
Paparan
  • Skrin IPS 5.5 Inci
  • Resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Skrin IPS 5.5 Inci
  • Resolusi 720 x 1280 pixels
Memori
  • 16/32/64 GB, 2/3/4 GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
  • 32GB, 2/3 GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
Kamera
  • Dual 13 Megapixel, F2.0 (Utama)
  • 8 Megapixel, F2.2 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
  • Dual 16 Megapixel, F2.0 (Utama)
  • 16 Megapixel, F2.0 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri  Li-Po 5000 mAh  Li-Po 5000 mAh
Ciri-Ciri
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
Harga Di Malaysia Jangkaan Sekitar RM1299 RM1099

Harga Siri Asus Zenfone 4 Dan Tarikh Jualan

Pada majlis yang sama, Asus juga telah mengumumkan harga untuk beberapa model-model tersebut. Untuk model Asus Zenfone 4 dijual dengan harga USD399 atau sekitar RM1699 manakala versi Pro akan dijual bermula USD599 atau sekitar RM2599 di Malaysia. Manakala model ZenFone 4 Selfie dengan harga USD279, sekitar RM1199 dan Selfie Pro berharga USD379, sekitar RM1599. Bagi model Asus Zenfone 4 Max pula dijangka dijual dengan harga sekitar RM1299.

Baca juga Spesifikasi penuh bagi Asus Zenfone 4 MaxAsus Zenfone 4 ProAsus Zenfone 4 Max ProAsus Zenfone 4Asus Zenfone 4 Selfie Pro dan Asus Zenfone 4 Selfie.

Bagi tarikh jualannya masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Namun jualannya dikatakan bermula di negara-negara Asia termasuk Malaysia terlebih dahulu sebelum menyertai pasaran Global.