Honor V9 Play

Honor baru sahaja memperkenalkan dua smartphone mampu milik iaitu Honor V9 Play dan Honor 6 Play untuk pasaran China. Ia dijual dengan harga bermula RMB 999 (Sekitar RM649 di Malaysia) untuk model V9 Play dan RMB 599 (Sekitar RM399 di Malaysia) untuk model Honor 6 Play. Ia akan mulakan pasaran bermula 12 September ini di China.

Honor V9 Play

Honor V9 Play menawarkan skrin bersaiz 5.2 inci dengan resolusi HD720p, kamera utama dengan 13 Megapixel, F2.2, Phase Detection Autofocus serta kamera selfie 8 Megapixel. 

Di dalamnya juga dikuasai oleh cip MediaTek MT6750 cipset dengan kemampuan CPU Octa-Core 1.5 Ghz, Mali-T860MP2 GPU dan pilihan 3 atau 4 GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan storan dalaman 32GB yang boleh ditambah melalui slot microSD.

Honor V9 Play

Di bahagian belakangnya hadir dengan pengimbas cap jari dengan kepantasan membuka kunci hanya 0.4 saat. Peranti dengan rangkaian 4G LTE ini juga hadir dengan platform Android 7.0 Nougat bersama EMUI 5.1 dan bateri 3000 mAh.

Honor V9 Play akan dijual dengan harga RMB 999 (sekitar RM 649) untuk versi 3GB RAM dan RMB 1099 (sekitar RM 729) untuk versi 4GB RAM. Buat masa ini tiada maklumat untuk pasaran Malaysia.

Honor 6 Play

Bagi model Honor 6 Play pula merupakan peranti yang lebih kecil dengan spesifikasi asas dan harga mampu milik. Untuk pasaran Global, peranti ini dikenali sebagai Huawei Y6 (2017) dan pasaran China dikenali sebagai Honor 6 Play.  Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna eamas dan putih dengan skrin sebesar 5.0 inci pada resolusi HD720p.

Ia juga dimuatkan dengan kamera utama 8 Megapixel (F2.0), kamera selfie 5 Megapixel (F2.4), bateri 3020 mAh serta dijalankan pada platform 6.0 MarshMallow.

Honor 6 Play

Ia juga dikuasai oleh cip MediaTek MT6737T dengan CPU Quad-Core 1.4Ghz dan GPU Mali-T720MP2. Telefon pintar in turut hadir dengan memori 16GB, 2 GB RAM serta sokongan slot microSD sehingga 128GB.

Honor 6 Play akan mulakan jualan di China bermula 12 September dengan harga jualan RMB 599. Harga Honor 6 Play di Malaysia dijangka sekitar RM399.