[AdsLink]Selain pelancaran Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, Apple turut memperkenalkan sebuah peranti serba baru yang dinamakan sebagai Apple iPhone X (Ia disebut sebagai iPhone Ten).
Peranti ini tidak memiliki sebarang butang di bahagian hadapannya, malah pengimbas cap jari juga telah digugurkan dan digantikan dengan Face ID yang menggunakan pengenalan wajah melalui kamera hadapan untuk membuka peranti. Di hadapannya terpapar skrin yang begitu luas dengan bezel nipis untuk setiap sisi.
Memandangkan ia tidak memiliki butang “Home”, penggunaannya sedikit berbeza berbanding siri iPhone yang lain. Untuk membuka peranti, hanya perlu memandang pada lensa hadapan untuk pengenalan wajah. Untuk kembali ke “Home” pula, anda hanya perlu layarkan aplikasi yang dibuka keatas pada skrin.
Apple iPhone X Dengan Skrin Luas Dan Lapisan Kaca di Depan Dan Belakang |
Apple iPhone X merupakan model pertama yang menggunakan skrin Super AMOLED sebesar 5.8 inci. Apple memanggilnya skrinya sebagai Super Retina Display dengan ketumpatan skrin yang mencapai 458 PPI. Skrinya juga menyokong teknologi 3D Touch, HDR10 dan Dolby Vision. [AdsPost]
Untuk kamera, iPhone X menggunakan lensa yang sama pada iPhone 8 Plus dengan dual kamera 12 Megapixel dengan Aperture F1.8 dan F2.4, OIS, PDAF, rakaman video 4K serta rakaman video gerak perlahan pada resolusi 1080p@240fps. Kamera hadapannya menawarkan lensa 7 Megapixel untuk selfie dan juga panggilan video.
Bercakap mengenai kamera hadapan, ia bukan sahaja digunakan untuk selfie atau pun sebagai ciri-ciri keselamatan seperti Face ID yang menggunakan pengenalan wajah untuk membuka telefon. Malah, Apple turut memperkenalkan ciri baru yang dikenali sebagai Animoji atau bahasa mudahnya Emoji yang beranimasi.
Animoji tersebut boleh dihasilkan dengan menggunakan gerak wajah dan kamera hadapan. Hasilnya watak kartun yang dipilih akan mengikut gerak wajah tersebut apabila kita bertutur atau membuat ekspresi wajah. Animoji boleh di hantar pada rakan melalui aplikasi iMessage.
Seperti juga Apple iPhone 8 Plus, iPhone X menggunakan pemproses yang sama iaitu Apple A11 Bionic dengan Hexa-Core CPU, 3 GB RAM serta pilihan memori 64 dan 256 GB. Ia juga menyokong pengecasan panta yang boleh mencapai tahap 50% dalam masa 30 minit sahaja. iPhone X juga boleh menggunakan pengecasan tanpa wayar yang diperkenalkan sebagai AirPower.
Spesifikasi Apple iPhone X
- Paparan Super AMOLED 5.8-Inci dengan resolusi 1125 x 2436 pixels.
- Kamera Utama Dual 12 MP (F1.8 + 2.4) OIS, PDAF, rakaman video 4K, 2X Optical Zoom.
- 7 Megapixel (F2.2) kamera selfie dan panggilan video.
- Pemproses Apple A11 Bionic dengan Hexa-Core CPU.
- Pilihan Memori dalaman 64GB dan 256 GB.
- Platform iOS 11.
- Sokongan SIM tunggal dan rangkaian 4G LTE-A.
- Pengecasan Pantas dan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar QI.
- Rekaan Aluminium dan kaca dengan pilihan warna Silver, Space Gray.
- Harga Apple iPhone X di Malaysia dijangka sekitar RM4199.
iPhone X akan mulakan tempahan awal pada 27 Oktober ini dan jualan rasmi berlansung pada 3 November 2017 untuk beberapa negara yang terpilih. Negara lain termasuk Malaysia masih lagi belum diketahui mengenai harga rasmi dan tarikh jualnnya. Namun, untuk harga iPhone X di Malaysia, ia dijangka akan dijual bermula sekitar RM4199 bedasarkan harga jualan di USA iaitu USD999.