LG V30 Malaysia

LG baru sahaja mengumumkan satu lagi model perdana LG V30 yang akan bersaing dengan model-model premium termasuk model dari jenamanya sendiri LG G6 yang diperkenalkan pada Febuari lalu.

Sebelum ini, LG G6 merupakan model yang paling berkuasa dari LG dengan prestasi mengkagumkan, kualiti kamera yang terbaik serta pelbagai lagi ciri-ciri premium. Kini LG V30 pula menenpa nama sebagai peranti terbaik LG, malah ia mungkin menjadi model terbaik pada tahun 2017 dengan pakej terbaik yang ditawarkan terutamanya untk fungsi fotografi dan multimedia. Jadi, apakah kelebihan yang terdapat pada LG V30 berbanding model perdana yang lain?. 

Reka Bentuk Dan Skrin

Dari segi reka bentuknya, LG V30 membawakan rekaan seakan LG G6 dengan skrin besar dan bezel nipis untuk kesemua sisi serta penggunaan dual kamera dan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Petanti ini hadir dengan dua piliha warna iaitu Cloud Silver dan juga Moroccan Blue.

LG V30 Malaysia

Model baru ini membawakan paparan 6.0-inci dengan resolusi Quad-HD+ 2880 x 1440 dan ratio 18:9 yang memaparkan skrin yang lebih luas dan memanjang. Dengan teknologi paparan OLED FullVision serta sokongan kandungan HDR memberikan paparan yang lebih jelas, terperinci dan terang.

Prestasi, Memori Dan Kamera

Peranti ini dapat dijalankan dengan lancar oleh kerana adanya pemprosea berkuasa Snapdragon 835 serta gabungan 4 GB RAM. LG V30 turut menawarkan dua pilihan nemori iaitu 64GB dan 128GB. Masih tidak cukup?, slot microSD juga disediakan yang boleh dimuatkan sehingga 256GB.

Untuk kamera, LG selangkah kehadapan berbanding jenama lain dalam menghasilkan kamera berkualiti untuk smartphone-nya. Seperti biasa, LG akan bawakan aturan dual-kamera dengan sensor 16 Megapixel dan 13 Megapixel untuk lensa sudut lebar dan Apertute F1.6 dan F1.9.

LG V30 Mengfokuskan Pada Pengalaman Fotografi Lebih Menarik

Kamera utamanya juga membawakan teknologi Penstabilan Imej Optikal (OIS) untuk gambar yang lebih jelas dan tidak kabur akibat gegaran tangan. Kamera LG V30 juga hadir dengan fungsi PDAF, rakaman video 4K dan juga kamera selfie 5 Megapixel.

  • Paparan P-OLED 6.0 inci dengan resolusi Quad-HD+ 1440 x 2880 pixels.
  • Sokongan kandungan HDR, Always-On display dan Dolby Vision.
  • Kamera 16 Megapixel, F1.6, Laser & PDAF, LED-Flash, OIS.
  • 5 Megapixel F2.2 kamera selfie.
  • Pemproses Snapdragon 835, Octa-Core CPU.
  • Memori dalaman 64 GB atau 128 GB serta 4 GB RAM.
  • Smartphone dengan Android 7.1.2 (Nougat).
  • Bateri Li-Po 3300 mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE-A.
  • Rekaan dengan pilihan warna Cloud Silver, Moroccan Blue.
  • Kalis debu & air dibawah 1.5 meter selama 30 meter (IP68).
  • B&O Play Audio.
  • Harga LG V30 di Malaysia dijangka sekitar RM3599.

Harga Dan Tarikh Jualan

Untuk harga dan tarikh jualannya masih lagi belum diumumkan. Namun ia dijangka akan dijual dengan harga USD830 untuk pasaran USA.

Baca : Senarai Harga Smartphone LG Malaysia

Di Malaysia, kita terpaksa menunggu hampir setahun untuk menunggu LG V20 memasuki pasaran tempatan dengan harga jualan RM1999. LG G6 pula telah dipasran tempatan dengan harga RM2999. Bagi harga LG V30 di Malaysia pula sudah tentu beharga lebih tinggi dari LG G6 dengan harga jualan dijangka sekitar RM3599.