Android 8.1 Developer Preview

Masih banyak lagi peranti-peranti sedia ada yang belum menggunakan platform Android 8.0 Oreo. Namun Google telah melangkah ke depan dengan mengumumkan versi terbaru iaitu Android 8.1 Developer Preview.

Buat masa ini, platform terkini ini hanya sesuai untuk beberapa peranti Nexus dan Pixel sahaja termasuk Nexus 5P, Nexus 6P, Pixel C, Pixel, Pixel XL, Pixel 2 dan Pixel 2 XL.

Untuk pengguna-pengguna peranti tersebut boleh mencuba Android 8.1 mulai hari ini dengan memuat turut file factory di laman Android. Namun perlu di ingat ianya adalah versi Developer Preview dan mungkin sesetengah fungsi tidak berjalan dengan baik. Versi akhir dijangka hadir sekitar December ini.

Android 8.1 hadir dengan beberapa kemaskini baru termasuk penggunaan Neural Network API yang menawarkan pecutan hardware terhadap pembelajaran mesin. Selain itu, versi Android terkini ini juga menambah baik sistem notifikasi. Maklumat lanjut mengenai Android 8.1 dan senarai penuh fungsi baru platform tersebut boleh layari Android.com.

Tags