HTC U11 Plus Dan HTC U11 Life

HTC akan mengadakan satu majlis khas pada 2 November ini yang akan menampilkan smartphone terbaru dari mereka. Dijangka dua model diperkenalkan termasuk smartphone perdana HTC U11 Plus dan juga sebuah model pertengahan HTC U11 Life yang menjadi sebahagian daripada program AndroidOne.

Tiada maklumat terperinci bedasarkan gambar teaser yang dikeluarkan HTC. Cuma gambar tersebut menunjukan bahagian belakang peranti dengan lensa tunggal, pengimbas cap jari dan LED Flash.

Mengenai desas-desus sebelum ini, HTC U11 Plus dijangka hadir dengan skrin 5.99 inci dan resolusi Quad-HD+ 1440 x 2880 pixel. Di dalamnya sudah tentu hadir dengan cip Snapdragon 835, 4 atau 6 GB RAM serta 64 atau 128 GB memori dalaman. Ia juga akan menggunakan kamera tunggal 12 Megapixel dengan Aperture F1.7 dan 8 Megapixel kamera selfie.

Untuk model HTC U11 Life pula hadir dengan skrin 5.2 inci denagn resolusi HD1080p, CPU Snapdragon 630, 3 GB RAM serta 32 GB memori. Kamera utama menggunakan lensa 16 Megapixel dan kamera selfie juga hadir dengan lensa yang sama. Oleh kerana ia peranti AndroidOne, model ini akan menggunakan platform terkini Android 8.0 Oreo.