Tips Kuruskan Badan Dengan MyFitnessPal

Semua orang inginkan bentuk badan yang ideal serta badan yang sihat terutamanya bagi kaum hawa. Pemakanan kita yang tidak seimbang menjadi salah satu faktor utama mengapa kita tidak mendapat bentuk badan yang ideal dan cantik.

Oleh itu aplikasi seperti MyFitnessPal dapat membantu anda menguruskan pemakanan harian yang lebih baik terutamanya yang ingin kuruskan badan atau yang ingin mengawal pemakanan yang lebih sihat.

MyFitnessPal merupakan aplikasi pengurusan kalori makanan yang sempurna. Ia memiliki lebih 6 juta data makanan termasuk makanan tempatan di Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan banyak lagi yang sudah tentu memudahkan kita bagi mengetahui jumlah kalori yang dimakan serta kandungan nutrisi bagi setiap makanan terutamanya kandungan lemak, karbohidrat dan gula yang merupakan punca utama masalah kegemukan.

Penggunaan aplikasi MyFitnessPal amat mudah dimana anda perlu tetapkan maklumat peribadi seperti berat dan tinggi semasa serta berat ideal yang ingin dicapai. Dari maklumat tersebut, MyFitnessPal akan mengira kalori harian yang sesuai untuk anda. Tugas harian anda ialah memasukan maklumat makanan yang dimakan serta senaman yang dibuat setiap hari dan pastikan kalori dan nitrusi yang diambil tidak melebihi dari apa yang disyorkan.

Tips Kuruskan Badan Dengan MyFitnessPal Tips Kuruskan Badan Dengan MyFitnessPal Tips Kuruskan Badan Dengan MyFitnessPal
Antara Maklumat Yang Boleh Diketahui Termasuk Jumlah Kalori Harian Yang Diambil Serta Kandungan Nutrisi Harian.

Ianya amat sesuai untuk semua jenis diet termasuk diet kalori atau pun Atkin yang boleh memantau kandungan gula, karbohidrat serta protien harian yang diambil.

Lebih menarik lagi, aplikasi ini juga menyimpan database untuk senaman dan setiap aktiviti yang dilakukan. Jadi, kita boleh mengetahui keberkesanan senaman yang dibuat melalui jumlah kalori yang berjaya dibakar. Ia juga menyokong jam dan peranti kesihatan seperti Fitbit, Jawbone UP, Garmin dan banyak lagi bagi mendapatkan  maklumat senaman yang dibuat.

Aplikasi MyFitnessPal sedia dimuat turun oleh pengguna smartphone Android dan juga iOS. Versi web juga boleh diakses melalui website www.myfitnesspal.com.