Harga Honor 7X Malaysia

Honor Malaysia baru sahaja menambah satu lagi model untuk pasaran tempatan. Model tersebut ialah Honor 7X yang akan dijual pada harga RM1099.

Secara kasarnya, peranti ini adalah menyerupai model Huawei Nova 2i yang telah dipasaran tempatan dengan harga RM1299. Bezanya dapat dilihat pada kamera selfie dimana peranti baru ini hadir dengan lensa tunggal 8 Megapixel manakala model Nova 2i dilengkapi dengan dual kamera  13 Megapixel dan 2 Megapixel.

Spesifikasi Honor 7X

Honor 7X menampilkan rekaan dengan skrin FullView tanpa bingkai pada nisbah 18:9. Ia bersaiz 5.93 inci yang cukup besar dengan resolusi FHD+ 1080 x 2160 pixel.

Harga Honor 7X Malaysia

Di bahagian dalam, Honor 7X membawakan pemproses Kirin 659 dengan CPU Octa-Core. Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan 64 GB memori dalaman serta 4 GB RAM. Ia juga dipadankan dengan bateri 3340 mAh serta pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Untuk kamera, Honor 7X menawarkan dual kamera dengan 16 Megapixel dan 2 Megapixel di bahagian belakang yang berkebolehan mengambil gambar portrait yang menarik dengan kesan bokeh seperti DSLR. Kamera selfie pula hadir dengan 8 Megapixel kamera. Untuk spesifikasi Honor 7X yang lebih terperinci seperti dibawah.

Spesifikasi Honor 7X
Platform Android 7.0 (Nougat)
Pemproses HiSilicon Kirin 659, Octa-Core CPU
Memori 64 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM
Paparan LTPS IPS LCD 5.93 inci, 1080 x 2160 pixels (Full-HD+)
Kamera Utama
  • Dual 16 Megapixel + 2 Megapixel
  • LED Flash
  • Perakam video 1080p@30fps
Kamera Depan 8 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3340 mAh
  • Di pasaran Malaysia dalam warna hitam dan biru.
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian belakang.
Harga Di Malaysia RM1099, Jualan Bermula 22 Disember 2017
Smartphone Pesaing
Kelebihan
  • 16nm Pemproses berkuasa HiSilicon Kirin 659, Octa-Core CPU untuk prestasi yang lebih baik.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Rekaan premium dengan kerangka aluminium berkualiti bewarna hitam dan biru.
  • Skrin FullView yang besar bersaiz 5.93 inci dengan resolusi FHD+ serta lapisan kaca 2.5D
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera, PDAF serta berkebolehan menghasilkan gambar portrait dengan bokeh seakan-akan kamera DSLR.
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tidak menyokong pengecasan pantas.
  • Tidak memiliki port USB Type-C
Dapatkan Smartphone Honor Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Harga Honor 7X Di Malaysia

Honor 7X akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 22 Disember ini dengan harga rasmi RM1099 yang boleh didapati dari Lazada Malaysia dan VMall. Honor juga turut mengadakan promosi khas pada 18 Disember ini dengan harga promosi RM999 melalui pembelian di Lazada dan VMall.