Spesifikasi Nokia 6 (2018)
Mengenai spesifikasinya, tidak banyak perubahan yang dibawakan model baru ini berbanding Nokia 6 versi 2017. Perbezaan ketara hanyalah pada reka bentuk yang sedikit berbeza, penambahbaikan prestasi dengan cip Snapdragon 630 serta penggunaan USB Type-C untuk pengecasan dan penghantaran data berbanding model 2017 yang menggunakan microUSB 2.0.
![]() |
![]() |
![]() |
Nokia 6 Versi 2018 Akan Hadir Dalam Warna Hitam Dan Kelabu |
Nokia 6 generasi kedua ini juga hadir dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD1080p serta lapisan Corning Gorilla Glass 3. Nampaknya Nokia masih lagi mengekalkan penggunaan skrin nisbah 16:9 yang lama berbanding skrin FullView dengan nisbah 18:9 seperti kebanyakan peranti baru yang lain. Mungkin hanya akan digunakan pada model perdana Nokia yang akan dikeluarkan kelak.
Didalamnya, Nokia 6 2nd Generation dikuasai cip pemproses Qualcomm Snapdragon 630 yang lebih berkuasa dengan CPU Octa-core 2.2 GHz Cortex-A53 serta 4GB RAM. Terdapat dua memori pilihan iaitu 32GB serta 64GB yang didatangkan bersama slot memori tambahan jenis microSD sehingga 256GB.
Kameranya tidak berubah berbanding model 2017. Ia hadir dengan kamera tunggal 16 Megapixel di belakang dengan F2.0 Aperture dan Dual-LED Flash. Kamera selfie pula hadir dengan lensa 8 Megapixel.
- Baca Spesifikasi Penuh Nokia 6 (2018) dan Nokia 6 (2017)
Kelebihan untuk Nokia 6 (2018) ialah fungsi Nokia OZO Audio iaitu kebolehan merakam dan mainkan bunyi 3D yang menawarkan bunyi 360-darjah yang berkualiti tinggi.
Di Malaysia, Nokia 6 versi 2017 dijual dengan harga rasmi RM999. Bagi model baru ini pula dijangka akan dipasarkan sekitar harga yang sama.
Comments |