Nokia 7 Plus

Sebelum ini Nokia di katakan akan memperkenalkan peranti mampu milik Nokia 1 dengan sistem Android Go yang lebih ringan untuk smartphone berspesifikasi rendah. Peranti tersebut dijangka diperkenalkan di MWC 2018 hujung bulan ini.

Nampaknya Nokia 1 tidak keseorangan di MWC 2018 nanti. Nokia dijangka akan perkenalkan satu lagi smartphone iaitu Nokia 7 Plus. Lebih menarik lagi peranti tersebut merupakan model Android One dengan platform terkini Android Oreo yang mendapat kemaskini terus dari Google.

Terbaru, Melalui akaun Twitter @evleaks telah mendedahkan gambar render Nokia 7 Plus dengan kombinasi warna putih/oren dan hitam/oren. Bedasarkan spesifikasi yang tertiris, Nokia 7 Plus mungkin akan mendapat perhatian ramai dengan skrin 6.0 inci yang besar, nisbah 18:9 serta resolusi FHD+ 1080p.

Didalamnya juga hadir dengan spesifikasi yang agak sempurna bagi peranti Mid-Range dengan cip Snapdragon 660, 4 GB RAM dan 64 GB memori dalaman.

Kamera utama dilengkapi dengan dua lensa 12 dan 13 Megapixel dengan kanta Zeiss. Kamera hadapan akan bawakan kamera 16 Megapixel.

Nokia 7 Plus dijangka akan diperkenalkan di MWC 2018 bersama-sama Nokia 1 dan Nokia 9. Sekiranya spesifikasi yang tertiris ini betul, ia mungkin jadi pilihan pengguna bagi yang mencari peranti pertengahan apatah lagi ia merupakan salah satu model Android One seperti Xiaomi Mi A1 yang kini di Malaysia pada harga RM1099.