Harga Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Malaysia

Akhirnya Samsung telah nelancarkan dua model terbaik mereka iaitu Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang hadir dengan spesifikasi yang telah ditingkatkan, sistem kamera dengan aperture boleh ubah serta rekaan dengan warna lebih menarik. Di Malaysia, kedua-dua peranti ini akan mula dijual bermula 16 March dan tempahan bermula 1 March ini. Harga Samsung Galaxy S9 bermula RM3299 manakala model yang lebih besar S9+ berharga bermula RM3799.

Reka Bentuk Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Dari segi reka bentuk tidak bayak perubahan yang ditawarkan peranti baru ini berbanding generasi sebelum ini. Cuma Galaxy S9/S9+ dilihat memiliki bezel yang sangat nipis serta badannya yang lebih memanjang. Kedua-duanya hadir dengan 4 pilihan warna termasuk Midnight Black, Coral Blue, Titanium Gray dan lilac Purple. 

Untuk skrinnya, Galaxy S9 dan S9+ menggunakan skrin Super AMOLED dengan ratio 18.5:9 dan resolusi QuadHD+ 1440 x 2960 pixel. Kedua-dua model memiliki saiz skrin yang berbeza dimana Galaxy S9 hadir dengan skrin 5.8 inci manakala versi S9+ hadir dengan akrin 6.2 inci.

Harga Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Malaysia

Samsung Galaxy S9/S9+ memiliki kerangka aluminium dan dibahagian hadapan dan belakangnya menggunakan lapisan Corning Gorilla Glass 5 bagi membolehkan pengecasan tanpa wayar Qi digunakan. Samsung juga membawakan pengimbas cap jari di bahagian belakang, pengimbas iris di depan, USB Type-C, 3.5mm audio jack serta sokongan Dual SIM dengan rangkaian LTE-A Cat18 dengan kelajuan muat turun sehingga 1200 Mbps.

Spesifikasi Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Di bahagian dalamnya, kedua-dua peranti ini membawakan cip berkuasa Snapdragon 845 untuk pasaran USA dan China. Untuk pasaran negara lain akan menggunakan cip buatan Samsung sendiri iaitu Exynos 9810 Octa dengan pemproses grafik Mali-G72 MP18.

Ia juga membawakan pilihan nemori dari 64GB sehingga 256GB dengan 4GB RAM bagi Galaxy S9 dan 6GB RAM untuk Galaxy S9+. Kedua-duanya turut menyokong penggunaan slot microSD yang boleh dimuat sehingga 256GB.

Untuk spesifikasi lanjut bagi Samsung Galaxy S9 Dan S9+ seperti di bawah.

Samsung Galaxy S9 Samsung Galaxy S9+
Platform Android 8.0 (Oreo) Android 8.0 (Oreo)
Pemproses Exynos 9810 Octa Exynos 9810 Octa
CPU Quad-Core 2.8 GHz Mongoose M3 & Quad-Core 1.7 GHz Cortex-A55 Quad-Core 2.8 GHz Mongoose M3 & Quad-Core 1.7 GHz Cortex-A55
Paparan Super AMOLED 5.8 Inci, 1440 x 2960 pixels, 18.5:9 ratio. Super AMOLED 6.2 Inci, 1440 x 2960 pixels, 18.5:9 ratio.
Memori
  • 64/128/256 GB, 4 GB RAM
  • microSD, up to 256 GB
  • 64/128/256 GB, 6 GB RAM
  • microSD, up to 256 GB
Kamera Utama
  • 12 Megapixel (F.5-F2.4, 26mm, 1/2.5″,)
  • Phase Detection Autofocus, OIS, LED flash
  • 4K Video Recorder
  • 12 Megapixel (F.5-F2.4, 26mm, 1/2.5″,) + 12 Megapixel (F2.4, 52mm, 1/3.6″)
  • Phase Detection Autofocus, OIS, LED flash
  • 4K Video Recorder
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE-A GPRS, EDGE, HSPA, LTE-A
Bateri
  • Li-Ion 3000 mAh
  • Fast Battery Charging (Quick Charge 2.0)
  • Qi Wireless Charging
  • Li-Ion 3500 mAh
  • Fast Battery Charging (Quick Charge 2.0)
  • Qi Wireless Charging
Ciri-Ciri
  • Midnight Black, Coral Blue, Titanium Gray, Lilac Purple
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari, Iris
  • Sokongan Dual-SIM
  • Kalis Air/Debu (IP68 )
  • Midnight Black, Coral Blue, Titanium Gray, Lilac Purple
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari, Iris
  • Sokongan Dual-SIM
  • Kalis Air/Debu (IP68 )
Harga Di Malaysia
  • RM3299 (64GB)
  • RM3799 (64GB)
  • RM3999 (128GB)
  • RM4399 (256GB)

Kamera Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Salah satu fungsi terbaik pada Samsung Galaxy S9 sudah tentu pada sistem kameranya yang telah ditambah baik berbanding model terdahulu. Kini Galaxy S9 dan S9+ sudah menyokong rakaman gerak perlahan sehingga 960 fps pada resolusi HD 720P. Malah Samsung Galaxy S9 merupakan smartphone pertama dengan bukaan aperture boleh ubah dari F1.5 hingga F2.4 pada sensor 12 Megapixel. Untuk Samsung Galaxy S9+ terdapat satu lagi sensor 12 Megapixel F2.4 bagi menghasilkan gambar bokeh yang lebih menarik. Ia juga turut menyokong 2x optikal zoom melalui sensor kedua tersebut.

Selain dari itu, kedua-dua model ini juga memiliki penatabilan imej OIS, menyokong rakaman video 4K serta 8 Megapixel F1.7 kamera selfie. Samsung juga telah memperkenalkan fungsi baru yang dinamakan AR Emoji dimana ia mengubah gambar ekspresi wajah kepada watak emoji bergerak yang bolh dijadikan sebagai mesej GIF bergambar.

Harga Samsung Galaxy S9 Dan S9+ di Malaysia

Berita baik untuk peminat Samsung di Malaysia, peranti ini boleh didapati di pasaran tempatan bermula 16 March ini dan tempahan boleh dibuat bermula 1 March sehingga 4 March. Samsung Malaysia turut menawarkan Harman Kardon Onyx Mini berharga RM699 bagi yang membuat tempahan terawal.

Harga Samsung Galaxy S9 di Malaysia bermula dari RM3299 untuk model 64GB. Model Samsung Galaxy S9+ pula ditawarkan bermula RM3799 untuk model 64GB, RM3999 untuk model 128GB dan RM4399 untuk model 256GB.