Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia

Xiaomi baru saja melancarkan dua smartphone kelas pertengahan iaitu Xiaomi Redmi Note 5 dan juga Redmi Note 5 Pro. Jualan dimulakan dengan pasaran India dengan harga jualan INR9,999 untuk model asas manakala model Pro dijual pada harga INR13,999. Untuk pasaran di luar india akan menyusur tidak lama lagi.

Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Xiaomi Redmi Note 5 Pro adalah salah satu model yang menjadi tumpuan. Rekaannya agak sinonim dengan model Xiaomi yang lain, namun susunan dual kamera di bahagian belakangnya mengingatkan kita pada iPhone X. Ia di datangkan dengan empat piilihan warna iaitu hitam, emas, emas ros dan biru tasik.

Di bahagian dalamnya, peranti ini membawakan cip baru Snapdragon 636 dengan Octa-Core 1.8 Ghz Kryo 260 CPU. Ia juga bawakan memori dalaman 64 GB dengan pilihan nemori 4 GB atau 6 GB RAM. Bateri digunakan ialah 4000 mAh tanpa fungsi pengecasan pantas dan tanpa USB Type-C.

Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia
Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia
Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia
Xiaomi Redmi Note 5

Peranti dengan skrin 5.99 inci, FullView, resolusi FHD+ 1080 x 2160 pixels ini juga hadir dengan sistem dual kamera yang mengandungi sensor 12 Megapixel, F2.2 dan 5 megapixel sensor kedalaman dengan aperture F2.0. Untuk Selfie, Xiaomi menyediakan sensor 20 Megapixel dengan LED Flash hadapan. Seperti kebanyakan model baru yang lain, Xiaomi Redmi Note 5 Pro turut menyokong fungsi Face Unlock.

Xiaomi Redmi Note 5

Xiaomi Redmi Note 5 memiliki spesifikasi sedikit rendah berbanding versi Pro. Skrinnya masih lagi mengekalkan siaz 5.99 inci dengan resolusi FHD+. Namun didalamnya hadir dengan cip Snapdragon 625 dan pilihan memori sama ada 32 GB /3 GB RAM atau 64 GB/4 GB RAM.

Kamera belakang pula menggunakan sensor tunggal 12 Megapixel F2.2 manakala di bahagian hadapan menggunakan sensor 5 Megapixel dan Flash hadapan.

Kedua-dua peranti ini menggunakan MiUi 9 yang berasaskan Android Nougat. Seperti yang telah dinyatakan, Harga Redmi Note 5 Pro bermula INR13,999 (sekitar RM859) untuk model 64 GB/4GB RAM dan INR16,999 (sekitar RM1049) untuk model 64 GB/6 GB RAM. Bagi harga Xiaomi Redmi Note 5 pula dijual dengan harga INR9,999 (sekitar RM629) bagi model 32 GB/3 GB RAM dan INR11,999 (sekitar RM739) bagi model 64 GB /4 GB RAM.