Gambar Promo Huawei P20

Kita tidak dapat melihat sebarang model Huawei di MWC 2018 yang lalu. Ini kerana Huawei akan adakan majlis berasingan bagi memperkenalkan peranti perdananya iaitu siri Huawei P20 yang akan diumunkan 27 March ini.

Menghampiri tarikh tersebut beberapa gambar promo telah tertiris di internet yang menunjukan rekaan separuh depan dan belakang Huawei P20. Bedasarkan gambar tersebut, peranti dengan pilihan warna hitam dan biru tersebut akan menampilkan tiga kamera di belakang dengan Dual LED Flash serrta dengan sentuhan teknologi Leica.

Huawei P20 juga bakal hadir dengan skrin bertakuk di atasnya. Namun ianya dengan takuk yang lebih kecil berbanding iPhone X dan Asus Zenfone 5 untuk berikan ruang yang lebih luas untuk skrin.

Buat masa ini masih belum banyak maklumat mengenai spesifikasi siri Huawei P20 ini. Huawei akan mengumumkannya pada 27 March ini di Perancis dan dijangka tiga model akan diperkenalkan termasuk Huawei P20, P20 Lite and P20 Pro.